Harian Metro

OPTIMUM, LINDUNGI ENJIN

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@hmetro.com.my

Havoline Super 4T sesuai untuk tunggangan dalam bandar, pecut di lebuh raya

Menyedari pentingnya kestabilan prestasi enjin motosikal ketika mengharung­i kesesakan atau memecut di lebuh raya, Chevron Malaysia Limited melancarka­n minyak pelincir premium Havoline Super 4T.

Minyak pelincir generasi baru itu diformulas­ikan semula khusus untuk pemilik motosikal dan skuter yang mahukan perjalanan sentiasa lancar, pada masa sama memastikan keadaan enjin lebih optimum.

Ditawarkan dalam gred sintetik dan mineral, minyak enjin ini dilengkapi teknologi aditif Zoomtech dan C.O.R.E (Cleans, Oxidation, Reduces, Enhances).

Pengurus Pemasaran Serantau Asia Pasifik Chevron Lubricants, Lennard Kwek berkata, sebanyak 46 peratus kenderaan di jalan raya di negara ini adalah motosikal.

“Dalam situasi kesesakan, kenderaan akan bergerak secara perlahan dan pastinya memerlukan minyak pelincir terbaik untuk melindungi enjin.

“Havoline Super 4T hadir dalam beberapa siri gred berbeza antaranya Super 4T Fully-Synthetic, Super 4T Semi Synthetic dan berasaskan mineral,” katanya ketika majlis pelancaran.

Hadir sama Pakar Teknologi Serantau Asia Pasific Chevron Lubricants, Lim Jing Jing dan Pengurus Jualan Indonesia, Malaysia dan Singapura Chevron Lubricants, Soegeng Rajharjo serta Pengurus Jualan Rangkaian Chevron Malaysia Limited Leslie Chong.

Menurut Lennard, Havoline Super 4T sesuai digunakan untuk penunggang motosikal di bandar atau pemilik motosikal berkuasa tinggi.

“Kajian mendapati, Havoline Super 4T Fully Synthetic melebihi 50 peratus piawaian industri dalam kestabilan pengoksida­an ketika enjin beroperasi pada tahap maksimum.

“Manakala Havoline

Super 4T Semi-Synthetic pula mencatatka­n 13 peratus penguranga­n tahap geseran berbanding Havoline Super 4T Synthetic Blend sebelum ini,” katanya.

Antara gred ditawarkan termasukla­h Super 4T Fully Synthetic SAE 5W-40, Super 4T Semi Synthetic SAE 10W40, Super 4T SAE 15W-40 dan SAE 20W-40 dan Ezy 4T 20W-40.

Manakala Supermatic 4T Semi Synthetic SAE 10W-40 dan Supermatic 4T 10W-40 sesuai untuk kegunaan skuter moden, selain memenuhi standard terkini industry API SN.

Harga yang ditawarkan bermula RM24 untuk asas mineral, RM30 (semi sintetik) dan RM67 untuk sintetik sepenuhnya.

 ?? FOTO: ?? LIM (kiri) bersama Lennard, Soegeng dan Leslie menunjukka­n Caltex Havoline Super 4T terbaru.
FOTO: LIM (kiri) bersama Lennard, Soegeng dan Leslie menunjukka­n Caltex Havoline Super 4T terbaru.
 ??  ?? HAVOLINE Super 4T terbaru yang diformulas­ikan semula sesuai untuk semua motosikal.
HAVOLINE Super 4T terbaru yang diformulas­ikan semula sesuai untuk semua motosikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia