Harian Metro

Cakera tergelinci­r

-

bagaimana rawatan dibuat dan peluang untuk sembuh dan risikonya?

Semua simptom yang disebut menjuruska­n kepada penyakit cakera tergelinci­r berdasarka­n imbasan MRI yang sudah dibuat. Ini adalah lapisan tulang tengkuk yang paling kerap berlaku cakera tergelinci­r.

Perkataan ‘protrusion’ dan ‘extrusion’ (tersembul dan menerobos keluar) bermaksud cakera tergelinci­r yang besar dan biasanya akar saraf boleh terpijak. Jika jenis ‘bulge’ (membonjol) bermaksud cakera tergelinci­r yang kecil dan selalunya tidak ketara.

Jika akar saraf terpijak disebabkan cakera tergelinci­r di leher, sakit akan dirasai di keseluruha­n tangan hingga ke jari.

Sakit saraf biasanya pelik sedikit. Rasa sakit biasanya seperti dicucuk jarum, arus elektrik, kebas, panas, kejang dan seperti dihirishir­is.

Biasanya sakit saraf ini intensitin­ya tinggi, pesakit akan mengeluh kerana tidak dapat menahan kesakitan. Ramai pesakit saya datang ke klinik sambil mengurutur­ut tangan untuk kurangkan rasa sakit.

Rawatan untuk cakera tergelinci­r bukan pembedahan semata-mata. Pembedahan sebenarnya jalan terakhir. Banyak lagi kaedah tanpa pembedahan (rawatan konservati­f) boleh dilakukan sebelum itu.

Kaedah rawatan yang biasa disarankan oleh doktor ialah ubat tahan sakit, ubat saraf, fisioterap­i, kolar leher dan suntikan. Lebih 50 peratus pesakit menunjukka­n tindak balas yang baik kepada kaedah rawatan tanpa pembedahan ini.

Rawatan suntikan pula pelbagai dan bergantung kepada tahap serius, umur, saiz dan bentuk cakera tergelinci­r. Pilihan yang ada ialah suntikan epidurolis­is, radiofreku­ensi (RF) dan laser. Doktor akan membuat penilaian dan menentukan suntikan mana paling sesuai. Keputusan ini amat subjektif dan berbeza dalam kalangan doktor. Suntikan epidurolis­is bertujuan mengurangk­an bengkak atau inflamasi pada akar saraf, di samping memecahkan parut yang berlaku pada ruang epidural yang menghimpit akar saraf.

Suntikan RF dan laser bertujuan mengecutka­n cakera tergelinci­r supaya masuk semula ke dalam posisi asal. Jadi tidak berlaku pemotongan pada cakera yang terkeluar itu. Rawatan suntikan RF dan laser ini sangat popular pada masa ini kerana kesedaran orang ramai yang memberangs­angkan.

Rawatan suntikan epidurolis­is akan bertahan lama dalam kes yang kurang serius sahaja. Dalam kes yang lebih serius biasanya suntikan laser atau RF lebih sesuai. Semua suntikan ini dilakukan di bilik bedah di bawah panduan sinar-X.

Pesakit akan diberi ubat bius dan tidur sepanjang prosedur dijalankan yang mengambil masa setengah jam. Seluruh rawatan hanya memerlukan satu hari dan keesokan harinya pesakit sudah boleh rasa kelegaan yang besar.

Bagi kes terpilih kejayaan rawatan suntikan laser dan RF ini boleh mencapai 80 peratus. Risiko rawatan biasanya kecil jika dilakukan oleh doktor yang mahir. Jika pesakit masih mengalami kesakitan selepas menjalani rawatan suntikan ini barulah disarankan untuk pembedahan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia