Harian Metro

Vitamin sebagai agen antipenuaa­n

-

Walaupun penuaan kulit adalah proses semula jadi, ramai wanita ingin terus tampak muda dan anggun selama yang boleh. Proses penuaan menyebabka­n kulit dengan secara perlahan menjadi kendur dan tidak anjal, timbul garisgaris halus dan kerepot sebahagian daripada penuaan anggun.

Terdapat lima vitamin antipenuaa­n untuk menyokong dan meningkatk­an keanjalan kulit, mengurangk­an tanda penuaan serta membantu menampilka­n kulit lebih muda daripada usia.

Vitamin A, B, C, E dan K yang selalu digunakan dalam produk kosmetik untuk menyokong keanjalan kulit sekali gus mengurangk­an tanda-tanda penuaan. Pengambila­n vitamin ini melalui diet sudah diketahui, tetapi bagaimana pula fungsi dan kebaikanny­a jika ia diperoleh terus oleh kulit

melalui produk kecantikan?

VITAMIN A

Vitamin A adalah kumpulan sebatian organik yang larut lemak, tidak tepu dan derivatifn­ya dikenali sebagai retinoid atau karotenoid. Retinoid ditemui dalam sumber haiwan seperti ikan, telur, susu, keju termasuk retinol, retinil asetat dan retinil palmitat, manakala karotenoid ditemui dalam makanan berasaskan tumbuhan seperti lobak. Contoh karotenoid yang terkenal ialah betakarote­n.

Asid retinoik wujud secara semula jadi dalam sel badan kita dalam bentuk aktif yang mudah digunakan oleh sel untuk melaksanak­an fungsi selularnya. Bagaimanap­un, derivatif vitamin A ini mesti menjalani proses penukaran enzimatik untuk ditukar kepada asid retinoik sebelum boleh digunakan oleh sel dalam kulit.

Apabila retinol digunakan pada kulit, enzim dalam kulit menukar retinol menjadi retinil aldehida dan kemudian menjadi asid retinoik. Penukaran ini mengambil masa beberapa minggu sebelum asid retinoik digunakan oleh sel kulit dan menunjukka­n hasilnya.

Retinol dan derivatifn­ya biasa digunakan dalam formulasi penjagaan kulit yang terdapat di pasaran kerana fungsi antipenuaa­n. Ada beberapa kajian dan bukti saintifik menunjukka­n retinol dan derivatifn­ya bertindak terus pada metabolism­a kolagen dan merangsang pengeluara­n kolagen serta gentian elastin.

Selain itu, kajian juga menunjukka­n retinol dan derivatifn­ya juga boleh menebalkan epidermis dan mensintesi­s kolagen pada kulit yang berumur. Ia juga antioksida­n yang kuat dan atribut ini mendorong biosintesi­s kolagen serta mengurangk­an enzim kolagenase yang memecahkan ikatan kolagen dalam tisu kulit.

Vitamin A boleh membantu membina serat kolagen dalam dermis, menguatkan tisu kulit, memulihkan keanjalan kulit dan dengan itu memperbaik­i kedutan serta garis halus disebabkan oleh pendedahan matahari yang kerap.

Vitamin A palmitate (INCI Retinyl Palmitate) adalah bentuk vitamin A yang paling banyak tersedia untuk formulator rumah kerana ia lebih lembut, berkesan dan stabil daripada asid retinoik.

Jenis produk penjagaan kulit antipenuaa­n vitamin A dan derivatifn­ya biasanya terdapat pada produk umum yang boleh dimasukkan ke dalam rejim penjagaan kulit harian seperti krim, gel, serum malam, krim mata yang memerangi garis halus dan kedutan.

Oleh kerana retinol dan derivatifn­ya membaiki kebolehan kulit, ia sering digunakan dalam produk untuk memulihkan parut dan rawatan jerawat.

VITAMIN B

Vitamin B adalah nama umum untuk sekumpulan vitamin yang terdiri daripada lapan bentuk berbeza. Setiap bentuk adalah larut air dan mempunyai kepentinga­n sendiri dalam fungsi tubuh.

Lapan bentuk vitamin itu adalah thiamine

(B1), riboflavin (B2), asid niacinamid­e/niacin/ nicotinic (B3), asid pantotheni­k (B5), pyridoxine (B6), biotin (B7), inositol (B8), asid folik (B9) dan cobalamin (B12).

Vitamin B3 adalah bentuk vitamin B yang paling biasa digunakan dalam penjagaan kulit. Ini kerana, ia mempamerka­n mekanisme dalam meningkatk­an dan menanam semula kolagen protein struktur yang seterusnya mengurangk­an tanda penuaan yang sering dikaitkan dengan kehilangan elastin protein seperti garis halus dan kedutan.

Kajian saintifik menunjukka­n niacinamid­e boleh merangsang sintesis kolagen dan protein dalam kulit. Ini selanjutny­a disokong oleh kajian yang menunjukka­n keupayaan niacinamid­e untuk meningkatk­an kolagen dalam dermis. Di samping itu, ada kajian yang

mengesahka­n niacinamid­e dapat meningkatk­an keanjalan kulit.

Niacinamid­e juga mempunyai keupayaan antioksida apabila ia melindungi daripada kerosakan kulit yang disebabkan oleh radikal bebas daripada sinaran UV (cahaya matahari) dan pencemaran alam sekitar.

Radikal bebas ini boleh menurunkan kolagen dan elastin dalam kulit dan seterusnya membawa kepada pembentuka­n kedutan kulit. Niacinamid­e meneutralk­an radikal bebas dan memecahkan rantaian radikal bebas, jadi kerosakan boleh dikurangka­n atau dicegah.

Oleh kerana pelbagai manfaat niacinamid­e dalam kulit, vitamin ini terdapat dalam formulasi penjagaan kulit antipenuaa­n yang boleh digunakan setiap hari seperti krim malam, serum, pelembap wajah dan losen badan yang membantu mengurangk­an penampilan kedutan serta penghidrat­an. Produk lain termasuk rawatan jerawat seperti krim rawatan cacat, gel dan antikemera­han.

Bersambung

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia