Harian Metro

Awas ubat dalam talian

-

Produk dijual melalui Internet diragui kerana faktor keselamata­n, kualiti dan keberkesan­an

tidak boleh dijual secara dalam talian.

2. Ubat preskripsi hanya boleh didapati melalui pengamal perubatan berdaftar dan/atau didispens oleh ahli farmasi berlesen sahaja.

3. Dapatkan ubat daripada laman web yang dikendalik­an ahli farmasi yang berlesen sahaja.

4. Elakkan membeli ubat daripada laman web luar negara.

5. Jangan terpedaya dengan iklan penuh janjijanji manis. Semak iklan yang sudah diluluskan di www.pharmacy.gov.my.

KERJASAMA DENGAN AGENSI BERKAITAN

Bagi melindungi kesihatan dan kesejahter­aan orang awam, penguatkua­saan penjualan produk farmaseuti­kal secara dalam talian menjadi cabaran besar kepada Bahagian Penguatkua­saan Farmasi, KKM.

Bahagian ini berusaha membantera­s aktiviti Internet yang dikesan menjual produk ubat yang menyalahi undang-undang. Bahagian ini bekerjasam­a dengan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Polis Diraja Malaysia, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an bagi membendung aktiviti ini daripada berleluasa.

Sejak 2012, Bahagian Penguatkua­saan Farmasi berkolabor­asi dengan agensi penguatkua­saan antarabang­sa melalui Operasi Pangea. Operasi ini dijalankan secara bersepadu dan membabitka­n agensi penguatkua­saan lebih 100 negara di seluruh dunia dan dikoordina­sikan Interpol.

Dalam tempoh operasi itu, laman sesawang dipantau dalam tempoh tertentu dan tindakan sekatan akan diambil pihak SKMM bagi kesalahan yang dikenal pasti.

Pegawai penguatkua­sa juga ditempatka­n di pusat perkhidmat­an kurier untuk memantau bungkusan yang dihantar menggunaka­n perkhidmat­an kurier. Pegawai penguatkua­sa yang bertugas akan menyaring bungkusan yang disyaki mengandung­i produk ubat.

Produk ubat tidak berdaftar akan dirampas dan tindakan undangunda­ng akan diambil dengan sewajarnya.

Mengikut Akta Jualan Dadah 1952, individu atau syarikat yang mengilang, menjual, mengedar, mengimport atau menggunaka­n ubat-ubatan yang tidak berdaftar adalah melanggar PeraturanP­eraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Jika disabit kesalahan, bagi individu, hukuman yang dikenakan adalah denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.

Kesalahan dilakukan oleh syarikat pula, hukuman yang dikenakan adalah denda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan denda RM100,000 bagi kesalahan berikutnya.

Oleh itu, berhati-hati ketika membeli ubat secara dalam talian. Pastikan semak sebelum klik! Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian bebas tol Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) iaitu 1 800 88

6722 (Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 5 petang).

Disediakan oleh Normawati Mohamed Noor

Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Kawalan Iklan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia