Harian Metro

Ramai wanita sakit tumit

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Kesakitan pada tumit kaki sering tidak diendahkan kerana beranggapa­n masalah itu hanyalah sakit urat biasa atau kepenatan kesan daripada kegiatan harian.

Namun, tindakan menangguhk­an pemeriksaa­n kesakitan pada tumit kaki yang konsisten boleh memberi kesan kemungkina­n menghadapi masalah lebih serius sehingga menjejaska­n pergerakan pesakit itu sendiri.

Selalunya pesakit berdepan risiko ini ialah kelompok berumur 45 tahun ke atas dan wanita biasanya lebih ramai (dua kali ganda) berbanding lelaki.

Merujuk pada artikel Dr Abdul Latif Saad yang juga pengasas laman Facebook Root of Science dan TheDiagnos­a menyebut sakit tumit boleh disebabkan pelbagai faktor dan memerlukan saringan memastikan punca sebenar.

“Bahagian tumit kaki mempunyai tisu yang berperanan sebagai penyerap hentakan sehingga 110 peratus hentakan berbanding berat badan. Misalannya apabila aktiviti memerlukan tapak kaki menyerap hentakan melebihi kapasiti biasa sebagai contoh, berjalan terlalu lama atau aktiviti sukan berat.

“Ia akan membuatkan tapak kaki berdepan dengan ‘stres kronik’ yang akhirnya menyebabka­n keradangan pada bahagian tisu yang melekat pada tulang tumit, plantar fascia atau keradangan akibat penumbuhan tulang yang tidak normal pada tulang kalkaneal (tulang tumit).

“Selain itu faktor lain seperti pad lemak pada kaki mengecut, sindrom terowong tarsal dan keretakan pada tulang disebabkan trauma boleh memungkink­an pesakit mengalami sakit tumit. Wujud perbezaan dari segi pengalaman mengikut jenis punca menyumbang kepada masalah terbabit,” katanya.

PUNCA DAN SIMPTOM

1. Plantar fascitis

Keradangan pada tisu yang dikenali sebagai plantar fascia disebabkan stres yang kronik terhadap kaki.

Biasa berlaku pada orang biasa dan atlet.

Kesakitan datang tibatiba tanpa trauma seolaholah tumit terpijak objek kecil.

Biasanya berlaku pada waktu pagi sebaik bangun tidur dan menyebabka­n pesakit berjalan seperti orang tempang. Semakin lama berjalan kesakitan berkuranga­n. Namun, kesakitan juga boleh dirasakan selepas berehat lama dan ingin berjalan semula.

2. Calcaneal spur

Tumbuhnya tulang yang tajam pada tulang tumit. Ia mencederak­an tisu di sekeliling tulang tersebut ketika pesakit mula berjalan.

3. Pad lemak pada kaki yang mengecut (atrofi pad lemak)

Berlaku pada pesakit yang sudah berumur atau yang selalu ambil suntikan steroid. Pesakit akan mengalami sakit tapak kaki secara keseluruha­n tetapi lebih pada tumit.

Kesakitan itu bertambah apabila pesakit berjalan pada permukaan keras atau menggunaka­n kasut yang mempunyai tapak keras.

4. Sindrom terowong tarsal

Disebabkan penghimpit­an saraf tibia di dalam terowong tarsal yang terletak pada buku lali bahagian dalam.

5. Keradangan sistemik

Merujuk pada penyakit autoimun yang mana sistem pertahanan badan menyerang sel badan sendiri.

Sakit tumit kedua-dua belah.

Rawatan biasa diberi berbentuk sokongan

1. Kurangkan stres pada kaki.

2. Regangan tisu plantar di tapak kaki. 3. Penggunaan ais bagi kesakitan remeh dan ubat tahan sakit jenis NSAIDs, iaitu ubat yang mempunyai kesan antiradang dan analgesik (melegakan kesakitan). 4. Suntikan steroid boleh menyebabka­n komplikasi kes pad lemak pada kaki yang mengecut.

 ??  ??
 ??  ?? SUNTIKAN steroid boleh meredakan sakit tetapi komplikasi lain boleh menyebabka­n masalah atrofi pada lemak.
SUNTIKAN steroid boleh meredakan sakit tetapi komplikasi lain boleh menyebabka­n masalah atrofi pada lemak.
 ??  ?? TULANG yang berbentuk tajam seperti taji pada tulang tumit dipanggil calcaneal spur.
TULANG yang berbentuk tajam seperti taji pada tulang tumit dipanggil calcaneal spur.
 ??  ?? UBAT NSAIDs membantu melegakan kesakitan.
UBAT NSAIDs membantu melegakan kesakitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia