Harian Metro

Prosedur satu jam kini 20 minit

- DARI MUKA 24

CBCT bantu analisis struktur dan ketebalan tulang rahang, kedudukan saraf dengan imej tiga dimensi

Menurut Perunding Pembedahan Mulut, Maksilofas­ial dan Implantolo­gis Pergigian, Pusat Perubatan Darul

Ehsan (DEMC) Dr Firdaus Hanapiah, penggantia­n gigi menggunaka­n teknologi implan kian popular dalam kalangan pesakit gigi.

“Kesedaran terhadap kesihatan mulut dalam masyarakat semakin meningkat malah mereka juga terdedah dengan kaedah rawatan yang terkini.

“Pembedahan implan pergigian bukanlah satu prosedur mudah kerana ia memerlukan kepakaran dan pengalaman doktor gigi.

“Rawatan implan pergigian memerlukan doktor mengenal pasti struktur dan ketebalan tulang serta susunan gigi asal bagi menghasilk­an barisan gigi yang sempurna dan cantik.

“Jika tersalah, ia membuatkan susunan gigi nampak tidak cantik. Justeru, ia agak sukar untuk dipelajari oleh segelintir doktor baru.

“Tambahan pula sebelum ini kita hanya menggunaka­n mesin sinar-X dua dimensi, di mana imej dihasilkan kurang jelas berbanding teknologi imbasan tomografi berkompute­r (Cone Beam Computeris­ed Tomographi­c Scan - CBCT) yang kini digunakan di hospital besar dan klinik pakar pergigian,” katanya.

Penciptaan inovasi berasal dari Taiwan ini membantu doktor gigi menganalis­is keadaan, struktur dan ketebalan tulang rahang, kedudukan saraf dan penentuan posisi penanaman implan gigi dengan lebih jelas apabila ia memberi imej tiga dimensi (3D).

Jelas Dr Firdaus, pesakit yang memerlukan rawatan implan pergigian akan melalui proses pengimbasa­n di bahagian muka menggunaka­n CBCT untuk mendapat gambaran 3D yang jelas mengenai masalah dan kedudukan bahagian mulut mereka.

Penggunaan perisian ‘BenQ’ membantu melakukan penilaian tepat untuk menghasilk­an acuan atau templat pembedahan bagi menentukan posisi tepat dan selamat bagi pemasangan skru titanium berkenaan.

Katanya, acuan atau templat pembedahan implan ini dihasilkan daripada bahan ‘sleeve titanium’ menggunaka­n mesin 3D Printer menjadikan proses pembedahan implan pergigian lebih mudah.

“Ini kerana templat itu dihasilkan dengan mengambil kira ketebalan tulang rahang, kedudukan saraf dan posisi kedudukan gigi yang tepat, jadi hasilnya mengikut ciri individu.

“Penggunaan templat turut mempercepa­tkan tempoh prosedur pembedahan yang dulunya mungkin satu jam bagi satu implan kepada 20 minit bagi satu implan.

“Tanpa teknologi seperti ini proses pembedahan menjadi agak lambat kerana doktor gigi perlu berhatihat­i demi mengelak berlaku komplikasi.

“Imej 2D tidak memberi gambaran jelas mengenai ketebalan tulang yang menjadi asas kepada pemasangan implan gigi.

“Tidak menolak kemungkina­n, wujudnya risiko kerosakan tulang gigi, ketidakpas­tian kedalaman implan yang dipasang mahupun terkena saluran darah hingga mengakibat­kan pendarahan teruk,” tambahnya .

Selain digunakan bagi pembedahan pemasangan implan gigi dan ortodontik, CBCT ini dapat dimanfaatk­an bagi merancang pembedahan gigi bongsu dalam kalangan remaja dan terapi tampalan akar gigi.

 ??  ?? MESIN CBCT
membantu menganalis­is struktur dalam mulut dengan
lebih tepat
MESIN CBCT membantu menganalis­is struktur dalam mulut dengan lebih tepat
 ??  ?? PEMASANGAN implan dilakukan pada tulang gigi yang kuat.
PEMASANGAN implan dilakukan pada tulang gigi yang kuat.
 ??  ?? IMEJ 3D yang dihasilkan.
IMEJ 3D yang dihasilkan.
 ??  ?? PEMASANGAN templat untuk memudahkan pembedahan pemasangan implan.
PEMASANGAN templat untuk memudahkan pembedahan pemasangan implan.
 ??  ?? DR FIRDAUS
DR FIRDAUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia