Harian Metro

RAMPAS BALAK BELIAN

-

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n lanjut, polis menemui 123 balak belian pelbagai saiz disimpan di dalam gudang berkenaan dipercayai menunggu masa untuk dibawa ke kilang pemprosesa­n menjadi kayu.

“Serbuan di lokasi sama juga merampas sebuah jentolak bernilai RM50,000 yang digunakan pekerja gudang berkenaan untuk menyusun balak berkenaan.

“Semakan juga mendapati gudang berkenaan tidak mempunyai kebenaran menyimpan balak. Balak yang dirampas juga tidak mempunyai cop kebenaran untuk ditebang dari Jabatan Hutan Sarawak (JHS),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun yang bekerja di gudang berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut selepas gagal mengemukak­an sebarang dokumen kebenaran menyimpan balak daripada pihak berkuasa.

Dalam serbuan kedua, Salehuddin berkata, PPM Sibu berjaya merampas 1,863 kayu bergergaji yang dianggarka­n bernilai RM17,100 di Nanga Entabai, Julau, hari yang sama.

Serbuan itu dijalankan selepas pihak berkuasa menerima maklumat mengenai kegiatan mengeluark­an kayu bergergaji yang sudah diproses di hutan sebelum dibawa keluar untuk dijual.

“Kedua-dua operasi yang dijalankan adalah usaha sama dan perkongsia­n maklumat bersama Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) bagi mengekang aktiviti pembalakan haram di negeri ini.

“Semua rampasan akan diserahkan kepada SFC untuk tindakan lanjut dan siasatan dijalankan mengikut Ordinan Perhutanan Sarawak 2015,” katanya.

 ??  ?? ANTARA balak yang dirampas polis kerana tidak mempunyai cop kebenaran JHS.
ANTARA balak yang dirampas polis kerana tidak mempunyai cop kebenaran JHS.
 ??  ?? ANGGOTA polis yang menyerbu gudang balak di Sungai Teban, kelmarin.
ANGGOTA polis yang menyerbu gudang balak di Sungai Teban, kelmarin.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia