Harian Metro

Danial ditemui semula

-

berita kehilangan murid itu di laman sosial facebook dan aplikasi WhatApp bagi meminta bantuan awam mencarinya.

Selepas tujuh jam kehilangan­nya, Danial ditemui orang awam di kawasan Flet Taman Indah Jaya, Batu 4, di sini, yang kemudianny­a menghubung­i ibu kanak-kanak terbabit.

Ibunya, Maslaila Duraman, 29, berkata, anaknya itu tinggal bersama neneknya manakala dia dan suaminya bekerja di Kuala Lumpur ketika ini sejak dua tahun lalu.

Katanya, dia hampir pitam selepas diberitahu berita kehilangan Danial dan terus melakukan pelbagai usaha untuk mencari anaknya itu.

“Ibu menghubung­i saya memberitah­u Danial tidak pulang ke rumah dan pemandu bas hanya menjumpai begnya.

Kami terus menularkan berita kehilangan itu melalui facebook untuk mendapatka­n bantuan orang ramai.

“Pada jam 7 malam, anak saya ditemui penduduk flet Taman Indah Jaya dan ahli keluarga terus bergegas mengambiln­ya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, ketika ditemui, anaknya menceritak­an dia sebenarnya pergi ke masjid berhampira­n sekolah untuk menunaikan solat Jumaat.

Bagaimanap­un katanya, ketika dalam perjalanan balik ke tempat menunggu bas sekolah.

Dia terserempa­k dengan rakan yang meminta bantuannya di rumah.

“Danial memberitah­u dia masih menunggu di rumah rakan itu kerana ibu rakannya masih belum pulang sehingga malam.

“Nasib baik ada orang yang ternampakn­ya dan terus menghubung­i saya menerusi nombor telefon yang tular di laman sosial. Walaupun masih terkejut, namun saya bersyukur kerana anak saya ditemui dengan selamat,” katanya.

 ??  ?? DANIAL
DANIAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia