Harian Metro

Tidak berlaku gempa, tsunami di Sarikei

-

Sarikei: Aktiviti seharian penduduk di daerah ini berjalan seperti biasa walaupun tular di laman sosial berlakunya gempa bumi di Tenggara Sarikei, pagi semalam.

Kenyataan yang dikeluarka­n Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Met Malaysia) semalam disalah faham kerana Tenggara Sarikei digunakan sebagai rujukan lokasi kepada gempa dengan kekuatan 5.1 skala ritcher yang berlaku di Laut Savu di Kupang, Indonesia.

Jurucakap Met Malaysia ketika dihubungi semalam mengesahka­n kejadian tidak berlaku di Tenggara Sarawak seperti yang tular di laman sosial sejak pagi semalam.

“Untuk makluman, gempa bumi berlaku pagi tadi (semalam) di Laut Savu, Indonesia bukan di Sarikei (Sarawak). Lokasi kejadian 1,604 kilometer dari Sarikei.

“Sarikei dijadikan rujukan kerana kami mengambil kira jarak yang terdekat dari bandar utama di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, peniaga Firdaus Mohamad, 34, berkata, beliau ada dimaklumka­n rakan mengenai maklumat berlakunya gempa bumi di Sarikei namun tidak berasa sebarang gegaran.

Menurutnya, beliau menjalanka­n perniagaan durian di Pasar Sarikei seperti biasa tambahan hari yang cerah walaupun hujan di Sarikei sejak awal pagi semalam.

“Saya ada dengar mengenai gempa bumi di Sarikei daripada rakan tapi tidak pula rasa sebarang gegaran pagi tadi (semalam). Syukur ia (gempa bumi) tidak berlaku di sini,” katanya.

Tinjauan Metro Ahad di Pasar Sarikei semalam juga mendapati peniaga menjalanka­n perniagaan seperti biasa manakala orang ramai terus berkunjung mendapatka­n keperluan harian. Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sarikei Deputi Superitend­an Zamry Ali berkata, pihaknya tetap dalam keadaan bersedia untuk sebarang kemungkina­n berlakunya sebarang kejadian dan bencana alam.

 ??  ?? AKTIVITI perniagaan di Pasar Sarikei berjalan seperti biasa.
AKTIVITI perniagaan di Pasar Sarikei berjalan seperti biasa.
 ??  ?? KENYATAAN Met Malaysia walaupun laporan awal menyatakan bahagian Sarikei mengalami gegaran gempa bumi.
KENYATAAN Met Malaysia walaupun laporan awal menyatakan bahagian Sarikei mengalami gegaran gempa bumi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia