Harian Metro

BELUM AJAL

Warga emas berusia 94 tahun dirempuh pacuan empat roda

- Khalid Latip am@hmetro.com.my

Berpantang maut sebelum ajal. Itu istilah menggambar­kan nasib seorang lelaki warga emas yang terlepas dari maut selepas motosikal ditunggang­inya dirempuh pacuan empat roda di Jalan Bintangor-Sarikei, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, mangsa Bakar Bakir, 94, mengalami kecederaan parah di kepala dan badan dilaporkan stabil dan kini menerima rawatan di Hospital Sarikei.

Pemangku Ketua Polis Daerah Meradong Inspektor Sawandi Brahim berkata, siasatan awal mendapati mangs dalam perjalanan dari Sarikei menuju ke Jalan Pakan.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang Honda Wave dikatakan membelok ke Jalan Pakan tanpa berhenti menyebabka­n Toyota Hilux dari arah bertentang­an tidak sempat mengelak.

“Lelaki berusia 35 tahun yang memandu Toyota Hilux berkenaan tidak sempat brek dan mengelak sebelum merempuh mangsa sehingga tercampak.

“Akibat daripada rempuhan kuat itu, warga emas terbabit mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan dan dikejarkan ke Hospital Sarikei untuk rawatan kecemasan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pemandu pacuan empat roda berkenaan tidak cedera dan sudah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkut­an Jalan Raya (APJ) 1987 dan orang ramai yang menyaksika­n kejadian diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

FAKTA Mangsa parah dan dikejarkan ke Hospital Sarikei

 ??  ?? WARGA emas terselamat dalam kemalangan di Jalan Bintangor Sarikei. KEADAAN motosikal dinaiki mangsa
selepas terbabit kemalangan.
WARGA emas terselamat dalam kemalangan di Jalan Bintangor Sarikei. KEADAAN motosikal dinaiki mangsa selepas terbabit kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia