Harian Metro

‘LAKUKAN SEHINGGA SELESAI’

- Recqueal Raimi hmkk@hmetro.com.my

Melakukan dua pekerjaan pada satu masa mampu membentuk disiplin seseorang untuk menepati masa.

Hakikat itu diakui Ikon Metro kali ini, Syalviana Sahelin, 25, yang bertugas sebagai guru dan pada masa sama mengusahak­an produk kecantikan.

Menurut gadis berketurun­an Dusun ini, dia sentiasa memberikan komitmen tidak berbelah bahagi bagi memastikan memenuhi tanggungja­wab dalam kedua-dua bidang berkenaan.

“Antara Isnin sehingga Jumaat, saya akan fokus terhadap tugas sebagai pendidik.

“Apabila hari cuti termasuk cuti umum, saya menumpukan perhatian sepenuhnya dalam perniagaan sebagai pengusaha produk kecantikan,” katanya kepada Metro Ahad, baru- baru ini.

Mengakui ada kalanya berasa penat kerana melakukan dua kerja pada satu masa, namun Syalviana yakin bahawa minat dalam kedua-dua kerjaya akan membantuny­a menjadi insan lebih cemerlang.

Dia juga berpegang kepada prinsip supaya ‘lakukan sehingga selesai’ sebagai motivasi untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap bidang yang diceburi.

“Memang ada kalanya terasa penat apabila bukan saja terpaksa berdepan pelbagai kerenah murid.

“Pada masa sama, kita perlu melayan pelbagai ragam pelanggan apabila berniaga produk kecantikan.

“Bagaimanap­un saya tidak berputus asa demi minat yang mendalam dalam kedua-dua kerjaya ini,” katanya.

Katanya, dia memanfaatk­an sepenuhnya penggunaan media sosial dan aplikasi telefon bimbit bagi menjalanka­n perniagaan termasuk urusan promosi dan penghantar­an produk.

Bercerita lanjut, Syalviana berkata, dia mendapat idea menghasilk­an produk kecantikan bagi menambah pendapatan di samping mahu membantu keluarga.

“Saya ada sembilan adikberadi­k, manakala ibu dan bapa bukan orang senang.

“Jadi, niat saya mahu membantu mereka,” katanya.

Berkat kesabarann­ya, dia kini mampu tersenyum kerana sudah menghasilk­an tiga produk kecantikan di bawah Beshine Cosmetics yang berasaskan bunga mawar, sejak Februari tahun lalu.

Katanya, produknya amat sesuai untuk merawat masalah kulit khususnya pada bahagian muka. Malah katanya, dia kini mempunyai enam stokis dan lebih 50 ejen di seluruh negara.

“Syukur, berbekalka­n sokongan keluarga dan rakan-rakan, pelanggan saya semakin bertambah dan mendapat kepercayaa­n mereka sepenuhnya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia