Harian Metro

Sanggup berhabis untuk ‘sado’

- Khalid Latip am@hmetro.com.my

Memiliki susuk tubuh sasa dan kekar menjadi impian ramai lelaki hingga sanggup berhabisan wang serta meluangkan masa di gimnasium untuk mendapatka­n bentuk badan idaman.

Perkara itu menjadi keutamaan Mohamad Zulyazeem Khan Mohammad Tazullah

Khan yang ke gimnasium setiap hari demi menjaga penampilan diri.

Bagi anak muda kelahiran Sarikei ini, walau sesibuk mana pun, dia akan memastikan ada masa berkunjung ke gimnasium semata-mata untuk bersenam.

Menurutnya, selain memiliki badan yang sasa, ia juga penting untuk memastikan tubuh sihat kerana ia secara tidak langsung memperbaik­i imej dan meningkatk­an keyakinan diri.

“Pada hakikatnya, sama ada individu itu berjaya memiliki badan sasa mahupun tidak, tahap kesihatan adalah elemen terpenting yang perlu dipandang serius bagi menjamin kehidupan berkualiti.

“Tidak kira apa pun yang dilakukan seseorang itu, kesihatan amat utama kerana mereka perlu sentiasa cergas di samping harus mementingk­an penampilan diri,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Mohamad Zulyazeem berkata, untuk memiliki tubuh yang sado cukup mudah sekiranya individu itu sendiri mengetahui apa dia perlu lakukan dan sasarannya dalam kesihatan.

“Senaman harian dilakukan secara rutin adalah kunci utama bagi memiliki badan yang bukan saja sihat malah sentiasa cergas setiap hari.

“Tabiat pemakanan seimbang dan amalan senaman berterusan sememangny­a mampu merealisas­ikan impian memiliki tubuh umpama ahli bina badan,” katanya.

Minat Mohamad Zulyazeem melakukan rutin harian di gimnasium bermula dengan ajakan rakan sebelum timbul minat yang mendalam terhadap aktiviti berkenaan.

“Saya bermula dengan aktiviti kecergasan di gimnasium sejak dua tahun lalu, mulanya hanya sekadar suka-suka kerana mengikut rakan.

“Namun, kini saya semakin teruja apabila otot badan mula berubah menjadi sasa dan saya berasakan kini semakin sihat dan bertenaga,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia