Harian Metro

RISAU ‘SERANGAN’ MONYET LIAR

-

setiap hari.

Pada masa sama, mereka bimbang akan keselamata­n kanak-kanak yang bermain di parkir flet berkenaan.

Tinjauan Metro Ahad baru-baru ini mendapati, monyet berkeliara­n di pondok pembuangan sampah di flet itu.

Haiwan itu juga duduk di atas tong sampah yang diletakkan di kawasan itu.

Malah, ia juga kelihatan tidak takut dan tidak menghirauk­an penduduk yang tinggal di flet itu.

Penduduk, Rabiah Hussien, 48, berkata, mereka kini berasa bimbang apabila mahu membuang sampah dengan kehadiran kumpulan monyet itu.

Suri rumah itu berkata, mereka risau diserang oleh haiwan berkenaan.

“Kami berasa terancam dengan kehadiran monyet itu.

“Malah, anak saya pernah mengadu dikejar haiwan liar itu ketika bermain-main di kawasan flet.

“Ia juga menakutkan jiran terutama yang mempunyai anak kecil,” katanya ketika ditemui di kawasan perumahan itu, baru-baru ini.

Rabiah berkata, kehadiran monyet itu turut menyebabka­n kawasan sekitar flet menjadi kotor.

Katanya, ia apabila haiwan itu menyelongk­ar tong sampah bagi mencari sisa makanan.

“Ia sekali gus menyebabka­n bau kurang menyenangk­an terutama jika sampah itu tidak dikutip oleh Dewan Bandaraya

Kota Kinabalu (DBKK) bagi tempoh yang lama.

“Malah, kita juga bimbang keadaan ini memberikan risiko masalah kesihatan kepada penduduk setempat,” katanya.

Seorang lagi penduduk flet itu, Roger Upin, 30, berkata, dia pernah dikejutkan dengan kehadiran haiwan itu ketika mahu membuang sampah pada waktu malam.

Pekerja swasta itu berkata, ketika itu, dia tidak sedar bahawa ada monyet di pondok pembuangan sampah itu.

“Saya terkejut apabila melihat sekumpulan monyet sehingga tidak

Penduduk diancam haiwan itu yang menceroboh kawasan perumahan

berani mendekati pondok itu.

“Dulu, pondok sampah ini memang mempunyai pintu pagar, tetapi ia rosak. Mungkin disebabkan itu, monyet mudah masuk ke dalam pondok terbabit,” katanya.

Sehubungan itu, Roger berharap pihak berkaitan dapat membantu penduduk mengatasi masalah terbabit.

“Saya harap DBKK atau Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah menghalau monyet itu ke hutan semula.

“Ia demi keselamata­n penduduk terutama kanak-kanak dan wanita di kawasan perumahan ini supaya mereka tidak diancam haiwan berkenaan,” katanya.

 ??  ?? SEKUMPULAN monyet di pondok pembuangan sampah di flet di Taman Elok, Jalan Burung Punai, Karamunsin­g.
SEKUMPULAN monyet di pondok pembuangan sampah di flet di Taman Elok, Jalan Burung Punai, Karamunsin­g.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia