Harian Metro

DBKK siasat dakwaan penduduk

-

Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menyiasat dakwaan kehadiran monyet liar di flet di Taman Elok, Jalan Burung Punai, Karamunsin­g, di sini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitar­an DBKK, Robert Lipon berkata, pihaknya akan mengambil langkah berkenaan meskipun tidak menerima aduan rasmi daripada penduduk berhubung perkara itu.

Beliau berkata, ia bagi mengelak pelbagai masalah termasuk daripada aspek kebersihan dan keselamata­n penduduk.

“Ia juga bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, barubaru ini.

Mengulas lanjut, Robert berkata, pihaknya akan memastikan kutipan sampah di kawasan itu laksanakan mengikut jadual.

“Ia bagi mengelak monyet menyelongk­ar tong sampah sehingga mengotorka­n kawasan sekitar flet terbabit.

“Kawasan sekitar tempat pembuangan sampah juga akan dipastikan sentiasa bersih bagi mengelak menarik perhatian monyet ke pondok itu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatk­an penduduk kawasan berkenaan sentiasa membuang sampah dengan betul ke dalam tong sampah.

“Tong sampah pula perlu ditutup dengan rapat supaya monyet atau haiwan lain tidak mudah membuka dan menyelerak­kan sampah.

“Pada masa sama, kita meminta penduduk supaya mendapatka­n bantuan daripada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk menangkap haiwan itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia