Harian Metro

MERSING PALING SEJUK

Suhu minimum 21 Celsius direkodkan di Mersing, Johor dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

Jabatan Meteorolog­i Malaysia (JMM) menafikan tular berkaitan suhu terendah yang tersebar luas melalui media sosial.

Ketua Pengarahny­a Alui Bahari berkata, suhu minimum yang direkodkan semalam ialah 21 darjah Celsius di Mersing, Johor dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan manakala kawasan lain pula sekitar 22 darjah Celsius yang kebiasaann­ya pada waktu pagi.

“Keadaan ini berlaku berikutan cuaca mendung, hujan berterusan dan pergerakan tiupan angin sejuk monsun timur laut yang dijangkaka­n akan berterusan sehingga esok (hari ini).

“JMM menafikan mengenai penularan mesej berkenaan yang mengatakan Malaysia mengalami penurunan suhu berikutan hujan tanpa henti di beberapa kawasan barat disebabkan perubahan tolakan angin monsun dari Filipina dan menasihatk­an orang ramai memakai baju tebal,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Semalam berlaku penyebaran maklumat di aplikasi WhatsApp mengatakan Malaysia mengalami penurunan suhu antara 18 hingga 24 darjah Celsius di semua negeri dan Kundasang, Sabah mencatatka­n suhu terendah iaitu 14.2 darjah Celsius manakala

Kuala Krai (17.3), Alor Setar (18.3), Kuala Terengganu (19.1) dan Bintulu (19.6).

Alui berkata, cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di Segamat, Mersing, dan Kota Tinggi di Johor serta daerah Rompin, Pekan dan Kuantan di Pahang.

“Amaran cuaca buruk ini bagi tempoh sehingga tengah malam ini (malam tadi) dan pada masa sama kebanyakan negeri di Semenanjun­g sedang mengalami suhu rendah berbanding kebiasaan berikutan cuaca mendung, hujan berterusan dan pergerakan tiupan angin sejuk monsun timur laut dijangka berterusan sehingga esok (hari ini),” katanya.

Katanya, cuaca akan kembali seperti biasa bermula esok dan dijangka suhu sekitar 23 darjah Celsius pada waktu pagi dan petang mencecah 32 darjah Celsius manakala hujan dijangka reda.

 ??  ??
 ??  ?? PENDUDUK bersantai sambil memasang unggun api di tepi laut Kuala Perlis.
PENDUDUK bersantai sambil memasang unggun api di tepi laut Kuala Perlis.
 ??  ??
 ??  ?? SUHU direkodkan di tepi laut Kuala Perlis pada jam 12.30 tengah malam menunjukka­n bacaan 22 darjah Celsius.
SUHU direkodkan di tepi laut Kuala Perlis pada jam 12.30 tengah malam menunjukka­n bacaan 22 darjah Celsius.
 ??  ?? SUHU direkodkan di Ipoh, Perak pada jam 6 petang menunjukka­n bacaan 22 darjah Celsius.
SUHU direkodkan di Ipoh, Perak pada jam 6 petang menunjukka­n bacaan 22 darjah Celsius.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia