Harian Metro

SINAR BUAT 26

JKMWPKL, JPN bantu kanak-kanak Rumah Titian Kaseh miliki dokumen pengenalan diri

- Suraya Roslan dan Yusmizal Dolah Aling am@hmetro.com.my

> Seramai 26 kanak-kanak Rumah Titian Kaseh (RTK) yang hidup tanpa identiti diri bakal mempunyai nama sah buat pertama kali dalam hidup mereka apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) memulakan proses untuk mereka memiliki pengenalan diri, lapor Suraya Roslan dan Yusmizal Dolah Aling.

Terima kasih. Itu ucapan daripada 26 kanak-kanak Rumah Titian Kaseh (RTK), Tasik Titiwangsa di sini, selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (JKMWPKL) dan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) memulakan proses untuk mereka memiliki pengenalan diri dalam masa terdekat.

Ia susulan pertemuan dua agensi terbabit di rumah berkenaan yang membuka jalan untuk mereka mendapatka­n dokumen pengenalan diri biarpun perlu melalui proses dalam masa beberapa bulan.

Ia khabar paling gembira untuk kanak-kanak berusia enam hingga 17 tahun itu sebaik kedua-dua agensi berkenaan bersama akhbar ini mengadakan perbincang­an bersama pengurusan RTK.

Sebelum ini, mereka mengakui letih menjadi mangsa ejekan rakan seusia hanya kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri berikutan latar belakang mereka sebagai anak jalanan dan gelandanga­n.

Malah, mereka juga tidak mengetahui siapa ibu bapa, adik-beradik atau saudara-mara kerana dibiarkan terumbang-ambing mencari haluan hidup walaupun pada usia sebegitu muda.

Pengarah JKMWPKL Wan Noraidah Wan Mohd Zain berkata, Pelindung JKMWPKL akan mendapatka­n dokumen berkaitan semua kanak-kanak berkenaan untuk proses selanjutny­a.

Katanya, berdasarka­n siasatan, RTK belum pernah menghantar apa juga permohonan berkaitan dan ia dimulakan sebaik menerima dokumen lengkap daripada pengurusan RTK.

“Lebih mudah dan cepat jika semua dokumen berkenaan yang lengkap kami terima seperti prosedur sedia ada bersama JPN, kami akan proses.

“JKM sentiasa bekerjasam­a dengan JPN untuk pastikan kanak-kanak mempunyai dokumen untuk membolehka­n mereka bersekolah dan sebagainya

“Bagi kes ini, kami memerlukan dokumen terlebih dulu dan proses ini mengambil sedikit masa,” katanya.

Wan Noraidah berkata, selepas dokumen diterima, pihaknya terus menyalurka­n kepada JPN untuk proses berikutnya.

“Saya difahamkan, pengurusan RTK ada menyerahka­n kepada pihak lain yang ingin membantu. Bagaimanap­un, semakan mendapati tiada permohonan seperti dinyatakan.

“Jadi, kami bantu proses itu,” katanya.

Akhbar ini 5 Disember tahun lalu melaporkan, 26 kanak-kanak itu mengharapk­an ada pihak sudi membantu mendapatka­n dokumen terbabit kerana mereka hidup dalam keadaan tersisih tanpa identiti.

Lebih menyedihka­n ada antara mereka bergantung kepada gelaran diberikan orang lain atau memberikan nama kepada diri sendiri serta tidak tahu berapa usia sebenar, sebaliknya hanya membuat andaian berdasarka­n fizikal masing-masing.

Harian Metro kemudian mengaturka­n pertemuan antara pegawai JKM dan JPNWPKL dengan 26 kanak-kanak berkenaan di RTK, Tasik Titiwangsa, di sini.

Kami bekerjasam­a untuk pastikan kanak-kanak mempunyai dokumen

Wan Noraidah

Dalam pertemuan itu, Pegawai Pelindung Kanak-Kanak JKMWPKL Mad Darus Hassan bersama Timbalan Pengarah JPNWPKL Norma Aizan Che Man, turut memberikan penerangan ringkas mengenai situasi kanak-kanak terbabit.

Ia menjadi permulaan kepada usaha kedua-dua agensi terbabit bersama akhbar ini membantu mereka mendapatka­n pengenalan diri menggunaka­n saluran betul demi masa depan yang lebih baik.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro pada 5 Disember lalu.
LAPORAN Harian Metro pada 5 Disember lalu.
 ??  ?? PEGAWAI JKMWPKL dan JPN memberi penerangan berkenaan dokumen pengenalan diri di Rumah Titian Kaseh, Tasik Titiwangsa.
PEGAWAI JKMWPKL dan JPN memberi penerangan berkenaan dokumen pengenalan diri di Rumah Titian Kaseh, Tasik Titiwangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia