Harian Metro

Tak lah sejuk sangat

-

Kuala Krai: “Tak sejuk mano boh (tidaklah sejuk sangat),” kata pengawal keselamata­n, Zulkifly Long, 33, berhubung keadaan cuaca sejuk yang dikatakan melanda di beberapa daerah di negara ini termasuk Kuala Krai sehingga tular di media sosial, sejak semalam.

Tinjauan mendapati keadaan cuaca di sekitar daerah ini sedikit sejuk berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Bacaan suhu semasa merekodkan 25 darjah Celsius.

Zulkifly mengakui, sejak beberapa hari lalu, cuaca di sekitar kampungnya di Bukit Tereh di sini, agak sejuk berbanding hari biasa.

“Saya tidak tolak kemungkina­n keadaan ini berpunca daripada hujan sejak beberapa hari lalu, namun ia tidak menjejaska­n aktiviti harian sehingga perlu memakai baju tebal.

“Hanya pagi ini (semalam) saya dikejutkan mengenai tular yang menyatakan Kuala Krai merekodkan bacaan terendah sehingga 17.3 darjah Celsius sedangkan ia tidak benar,” katanya ketika dihubungi.

Penjawat awam, Cik Noraini Ismail, 33, berkata, tindakan pihak yang menularkan maklumat tidak benar itu boleh menimbulka­n panik dalam kalangan masyarakat setempat kerana ramai mengaitkan­nya dengan bencana banjir besar.

“Pada 2014, saya pernah rasa bagaimana keadaan cuaca sejuk yang mencecah 17.5 darjah Celsius di daerah ini sehingga penduduk perlu memakai pakaian tebal.

“Biarpun cuaca di sini (Kuala Krai) sejuk sejak beberapa hari lalu, namun bagi saya ia tidak sama seperti empat tahun lalu,” katanya. Harian Metro melaporkan, Jabatan Meteorolog­i Malaysia menafikan tular berkaitan suhu terendah yang tersebar luas melalui media sosial, semalam.

Ketua Pengarahny­a Alui Bahari dipetik berkata, suhu minimum yang direkodkan ialah 21 darjah Celsius di Mersing, Johor dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan manakala kawasan lain pula sekitar 22 darjah Celsius yang kebiasaann­ya pada waktu pagi.

Keadaan ini berlaku berikutan cuaca mendung, hujan berterusan dan pergerakan tiupan angin sejuk monsun timur laut yang dijangkaka­n akan berterusan sehingga esok.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia