Harian Metro

INI SEKOLAH BERUK

Pusat dibuka sedekad lalu ajar kemahiran petik kelapa

- Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman am@hmetro.com.my

Minat menjinak beruk mendorong seorang penduduk di Kampung Paya Rajin di sini, membuka ‘sekolah’ bagi melatih haiwan berkenaan memanjat dan memetik kelapa.

Sekolah khas yang dibuka sejak 10 tahun lalu itu menjadi pilihan pemilik haiwan berkenaan di sekitar negeri ini kerana ia melahirkan banyak beruk mahir memanjat dan memetik kelapa.

Sesi pembelajar­an haiwan berkenaan juga dibantu tenaga pengajarny­a iaitu penduduk kampung yang kebanyakan­nya turut memelihara beruk.

‘Pengetua’ sekolah itu, Ibrahim Sood, 49, berkata, setiap ‘pelajarnya’ dihantar pemilik masing-masing untuk dilatih selepas dilahirkan.

“Bagaimanap­un, saya tidak mengambil sembaranga­n beruk, sebaliknya melihat pada jenis dan ciri fizikalnya kerana kriteria ini menentukan sama ada beruk itu rajin atau malas serta kekuatanny­a untuk memanjat.

“Biasanya beruk bukit lebih mudah diajar berbanding beruk paya yang sedikit malas, bersaiz kecil dan tidak kuat memanjat,” katanya, semalam.

Ibrahim berkata, setiap beruk yang dihantar ke sekolahnya ditempatka­n dalam sangkar yang juga ‘asrama’ sementara ketika sesi pembelajar­an dijalankan.

“Beruk diajar sehingga mahir memulas kelapa, membezakan kelapa tua dan muda serta memanjat pokok kelapa.

“Dalam tempoh seminggu beruk yang dihantar ke sini boleh memulas kelapa dan apabila berusia empat tahun ke atas, ia boleh memanjat pokok kelapa.

“Selain latihan, kesihatan beruk dipantau. Apabila sakit, kita bawa ke klinik veterinar begitu juga pemakanann­ya.

“Kita tidak beri beruk makan daging kerana dibimbangi bulunya akan luruh,” katanya yang belajar teknik mengajar beruk di Kelantan.

Menurutnya, permintaan tinggi terhadap buah kelapa mendorongn­ya untuk turut membeli dan menjual beruk berkemahir­an pada harga antara RM1,000 hingga RM3,000.

 ?? FOTO: NAZIRUL ROSELAN ?? BERUK yang diajar Ibrahim di sekolah beruk di Kampung Paya Rajin. BERUK diajar sehingga mahir memulas kelapa, membezakan kelapa tua dan muda serta memanjat pokok kelapa.
FOTO: NAZIRUL ROSELAN BERUK yang diajar Ibrahim di sekolah beruk di Kampung Paya Rajin. BERUK diajar sehingga mahir memulas kelapa, membezakan kelapa tua dan muda serta memanjat pokok kelapa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia