Harian Metro

Desa di puncak Balkan

- Shuhada Mansor metahad@hmetro.com.my

Sukar untuk tidur dalam suhu 18 darjah Celsius hingga terpaksa minta selimut lebih

Montenegro, negara yang dikeliling­i gunung-ganang di setiap sempadanny­a bukanlah destinasi pelanconga­n popular seperti negara Balkan lain.

Namun, berkesempa­tan meneroka lebih dua minggu di sini sambil mempelajar­i sisi lain kehidupan dan keunikan negara ini memberi pengertian baru bagi penulis dalam istilah mengembara.

Berpeluang untuk tinggal di kampung terpencil di kawasan berdekatan Taman Negara Durmitor yang terletak di pekan Zabljak, benar-benar mengajar erti ketenangan buat penulis.

PEKAN ALTITUD TERTINGGI

DI BALKAN

Jika kebanyakan pelancong lebih gemar tinggal di kota dan melawat lokasi tarikan pelancong popular di sekitarnya, penulis pula memilih pengalaman lain kerana mahu merasai suasana berbeza menikmati keunikan kawasan penempatan terpencil.

Kenapa memilih lokasi terpencil? Penulis tidak mahu menjadi pelancong biasa, sebaliknya sebagai pengembara, penulis ingin mengutip ilmu baru dan cuba menjiwai kehidupan penduduk tempatan.

Atas alasan ini, penulis bersama dua teman lain dari Australia dan rakan senegara memutuskan untuk tinggal di kawasan pedalaman. Kampung Narodih Heroja yang terletak cuma 15 minit dari pekan Zabljak menjadi pilihan.

Zabljak, pekan kecil di bahagian utara Montenegro ini dihuni kurang daripada 2,500 orang. Menurut sumber, pekan ini terletak di altitud paling tinggi di Balkan dengan ketinggian 1,456 meter dari aras laut.

Cerita bermula dengan carian kami di Internet menemui Farmstay Kamena Kuca. Dikenakan bayaran 35 euro untuk satu malam, penulis agak terkejut sebaik tiba di destinasi kerana ternyata keadaan rumah penginapan terbabit yang berusia lebih 100 tahun masih teguh dan bersih, berbeza daripada apa yang kami sangkakan.

TIDAK TERASA SEPERTI

MUSIM PANAS

April hingga Jun adalah tempoh yang paling dinanti-nantikan. Penulis difahamkan pemandanga­n di sini berbeza bagi setiap peralihan musim.

Seperti di kebanyakan negara empat musim, semua orang tidak sabar menunggu kedatangan musim panas. Pada musim inilah pelbagai aktiviti berjalan rancak, daripada hal bercucuk tanam, menternak haiwan, acara luar rumah hinggalah bercuti bersama keluarga semuanya dirancang untuk memenuhi agenda musim panas.

Pun begitu, walaupun musim panas, keadaan malam di sini tidak sepanas yang disangka. Suhu mencecah 18 darjah Celsius menyukarka­n kami untuk tidur.

Apatah lagi struktur rumah lama itu didirikan daripada batu asli yang berfungsi memerap haba hingga membuatkan kami semua terpaksa menebalkan muka meminta selimut lebih.

Melihat keadaan kami yang tidak biasa dengan suhu sebegitu, tuan rumah sempat menyediaka­n kayu api untuk dibakar sepanjang malam. Terima kasih atas keprihatin­an tuan rumah, akhirnya tidur kami selesa tanpa ‘berperang’ dengan kesejukan.

HIJAU YANG TETAP

TERJAGA

Kembara empat hari kami di sini terisi dengan aktiviti santai. Penulis

sempat mengunjung beberapa tasik yang terletak di sekitar kawasan kampung, antaranya Tasik Barno Jazero, Tasik Skadar dan Tasik Hitam yang cukup terkenal.

Walaupun cuma tasik kecil, landskap geografiny­a berbeza dengan apa yang ada di negara sendiri membuatkan penulis teruja meninjau setiap inci pemandanga­nnya. Tidak cukup kata-kata untuk menggambar­kan keindahan ciptaan Tuhan di bumi Montenegro ini.

Oleh kerana tidak jauh dari tempat penginapan, kami meneroka kawasan sekitar dengan berjalan, meneliti seni bina rumah lama, kesederhan­aan kedai dan menyelami suasana perniagaan di pekan, hinggalah sikap rendah diri setiap penghuni di sini.

Hampir setiap hari kami ke lokasi berlainan untuk benar-benar mahu menikmati ketenangan tinggal di kampung.

Malah ada ketika kami diberi mencuba pelbagai jenis keju yang dihasilkan sendiri di rumah oleh penduduk kampung. Kemesraan mereka melayan pelancong masih melekat dalam hati penulis.

Namun satu perkara yang jelas, walaupun dekat dengan Taman Negara Durmitor iaitu destinasi popular pelancong, keadaan alam semula jadi di pekan ini tetap terjaga.

Mungkin kerana pendudukny­a masih menjalani kehidupan yang serba sederhana - kurang pembanguna­n, kurang penggunaan kenderaan malah jumlah pelancong juga ditetapkan untuk musim musim tertentu.

Zabljak, berjarak 124 kilometer dari Podgorica, ibu kota Montenegro yang menawarkan kelainan dari segi budaya, masyarakat, etnik bahkan keadaan geografiny­a.

Dikeliling­i bukit-bukau dengan susunan rumah yang jauh antara satu sama lain memberikan ruang untuk penulis benar-benar merasai kehidupan penuh privasi.

Ditambah pula dengan rumput hijau seluas mata memandang, haiwan ternakan dilepas bebas sememangny­a melakar memori baru yang sukar dilupakan dan kenangan itu menggamit rindu untuk ke sana lagi!

 ??  ?? MERAKAM kenangan berlatarbe­lakangkan sebahagian daripada kawasan Taman Negara Durmitor.
MERAKAM kenangan berlatarbe­lakangkan sebahagian daripada kawasan Taman Negara Durmitor.
 ??  ?? PENULIS mengambil kesempatan merakam kenangan di Cacanalog.
PENULIS mengambil kesempatan merakam kenangan di Cacanalog.
 ??  ?? BERSAMA Abby (kiri), rakan dari Australia dan pemilik Farmstay Kamena Kuca yang berusia lebih 100 tahun.
BERSAMA Abby (kiri), rakan dari Australia dan pemilik Farmstay Kamena Kuca yang berusia lebih 100 tahun.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AKTIVITI santai musim panas.
AKTIVITI santai musim panas.
 ??  ?? PENULIS menyusuri jalan sunyi menikmati suasana senja Kampung Narodih Heroja.
PENULIS menyusuri jalan sunyi menikmati suasana senja Kampung Narodih Heroja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia