Harian Metro

Tiga jam tunggu giliran

 Kedai dobi layan diri diserbu berikutan cuaca lembap sejak empat hari lalu

- Asmah Rusman asmah_rusman@hmetro.com.my

Saya ke tiga kedai dobi layan diri namun semuanya sesak mungkin kerana cuti hari Sabtu maka orang ramai berebut mencuci dan mengeringk­an pakaian”

Mohd Syafik Abd Majid

Cuaca mendung dan sesekali hujan sejak empat hari lalu bukan saja menyebabka­n kedai dobi layan diri di sekitar Lembah Klang diserbu orang ramai, malah pengguna terpaksa menunggu giliran sehingga tiga jam untuk mencuci dan mengeringk­an pakaian.

Tinjauan di sekitar Pantai Dalam, Kampung Kerinchi, Kampung Pasir dan Jalan Klang Lama semalam, mendapati orang ramai memenuhi kedai dobi layan diri seawal jam 10 pagi.

Pengguna, Mohd Syafik Abd Majid, 47 berkata, cuti hujung minggu digunakan sepenuhnya untuk mencuci dan mengeringk­an pakaian bagi keluargany­a terutama pakaian seragam sekolah dua anaknya.

“Saya bawa dua bakul besar pakaian sudah siap dicuci di rumah yang masih berkeadaan lembap dan sejuk kerana tiada cahaya matahari meskipun sudah dua hari dijemur.

“Sementara menunggu mesin pengering, saya cuci sekali pakaian kotor yang berbaki, sekali gus dapat menjimatka­n masa kerana balik nanti saya dan isteri perlu bertungkus-lumus melipat pakaian pula,” katanya

Katanya, kelmarin dia datang pada jam 12 tengah hari malangnya kedai dobi layan diri itu sesak dan terpaksa menunggu lama untuk giliran.

“Saya ke tiga kedai dobi layan diri namun semuanya sesak mungkin kerana cuti hari Sabtu maka orang ramai berebut mencuci dan mengeringk­an pakaian.

“Sebenarnya pakaian seragam sekolah anak yang perlu dicuci dan dikeringka­n terlebih dulu. Cuaca sejuk ini melembapka­n pakaian dan kami hanya menjemur di bawah kipas angin untuk mengeringn­ya,” katanya.

Bagi peniaga nasi lemak, Salbiah Ahmad Sabri, 39, dia hanya ke kedai dobi untuk mengeringk­an pakaian sementara proses mencuci dilakukan di rumah untuk menjimatka­n masa.

“Memang sejak semalam (kelmarin) kedai dobi layan diri penuh dan sesak. Saya yang datang pada sebelah malam terpaksa menunggu sehingga tiga jam untuk giliran pada hari Jumaat,” katanya.

 ??  ?? TINJAUAN kedai dobi layan diri di Jalan Klang Lama yang sesak diserbu orang ramai berikutan cuaca lembap sekarang.
TINJAUAN kedai dobi layan diri di Jalan Klang Lama yang sesak diserbu orang ramai berikutan cuaca lembap sekarang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia