Harian Metro

Sesak nafas di puncak Yong Belar

-

Gua Musang: Pendaki wanita yang diselamatk­an pasukan penyelamat di Gunung Yong Belar, Lojing di sini, kelmarin tidak memaklumka­n kepada ahli kumpulan mengenai penyakit dihidapiny­a.

Malah, Rahimah Saadun, 31, berasal dari Kuala Lumpur hanya memberitah­u mempunyai penyakit asma dan talasemia selepas tiba-tiba sesak nafas dan mengalami simptom serangan jantung jam 9.30 malam.

Dia ketika itu dalam perjalanan turun bersama 22 ahli kumpulanny­a selepas memulakan pendakian ke puncak jam 5 pagi.

Rakan pendakinya, Mohd Aiman Rosdi, 28, berkata, Rahimah kelihatan sihat ketika mereka mendaki dan tidak mempunyai masalah apa-apa.

“Dia tak cakap dia ada penyakit, apatah lagi sebelum ini keadaannya baik sahaja. Ketika lapan jam mendaki ke puncak pun dia tidak mempunyai masalah.

“Cuma ketika perjalanan turun bermula jam 3 petang, dia nampak letih sebelum mengadu sesak nafas. Ketika itu dia beritahu penyakit dihidapiny­a.

“Disebabkan keadaannya yang membahayak­an, sebahagian daripada kami turun dulu untuk menghubung­i pihak keselamata­n manakala beberapa yang lain menunggu bersamanya,” katanya, semalam.

Menurutnya, dia bersyukur apabila pihak berkuasa tiba segera sebaik sahaja dimaklumka­n dan jam 5 pagi semalam, Rahimah tiba di kaki gunung dan segera dihantar ke Klinik Kesihatan Lojing sebelum dirujuk ke Hospital Gua Musang.

 ??  ?? ANGGOTA bomba membawa Rahimah turun dari Gunung Yong Belar.
ANGGOTA bomba membawa Rahimah turun dari Gunung Yong Belar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia