Harian Metro

Bukan salah Hafiz Hamidun

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

 Kumpulan Mirwana nafi lagu kurang dapat sambutan disebabkan kontrovers­i komposer

Anggota Mirwana, Hafiz, 37, mewakili rakannya tampil memberi penjelasan selepas timbul gosip dalam satu akhbar mingguan kumpulan itu menyalahka­n Hafiz Hamidun selaku komposer lagu baru mereka, Cinta Bukan Mainan apabila ia kurang mendapat sambutan.

Hafiz atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Tamizi berkata, Mirwana tertanya-tanya mengenai situasi lagu mereka yang kurang mendapat sambutan namun tidak pernah menyalahka­n Hafiz, bahkan menafikan apa yang berlaku ada kaitan dengan kontrovers­i rumah tangga penyanyi dan komposer itu.

“Saya tak pasti siapa yang memberikan gosip kepada akhbar itu. Saya tak nafikan, kami (Mirwana) tertanya-tanya kenapa lagu ini kurang mendapat sambutan sedangkan kami sudah mengikut semua perancanga­n dan rangka promosi.

“Pun begitu, kami tidak menyalahka­n Hafiz Hamidun. Hubungan kami dengannya juga tak pernah ada sebarang masalah,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Hafiz, mereka mungkin ada bergurau mengenai judul lagu itu dan kisah rumah tangga Hafiz tetapi ia tidak membawa apa-apa maksud.

“Kalau ada bergurau pun, kami akan sebut judul lagu itu contohnya jangan bermain dengan cinta dan sebagainya.

“Namun tak pernah pula kami salahkan apa yang berlaku dalam kontrovers­i rumah tangga Hafiz Hamidun sebagai punca lagu ini tidak mendapat sambutan,” katanya.

Hafiz Hamidun ketika dihubungi berkata, dia sendiri terkejut apabila membaca laporan akhbar itu dan berkongsi mengenainy­a di Instagram miliknya.

“Memang saya terkejut. Saya dah kenal Mirwana sejak 10 tahun lalu dan ini kali pertama kami bekerjasam­a untuk lagu.

“Saya tak mahu kenyataan sebegini merosakkan hubungan kami yang tak pernah ada masalah pun selama ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KUMPULAN Mirwana
HAFIZ Hamidun
KUMPULAN Mirwana HAFIZ Hamidun

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia