Harian Metro

Penyamun bodoh guna aplikasi Grab

- Siraj Mohd Zaini siraj@hmetro.com.my

 Dua beradik, rakan jenayah ditahan rompak pemandu

Tindakan seorang remaja lelaki yang dipercayai membantu abangnya menempah perkhidmat­an Grab menggunaka­n telefon bimbitnya untuk menyamun pemandu kenderaan itu mengundang padah apabila dia turut ditahan polis.

Remaja berusia 14 tahun itu ditahan bersama abang serta seorang lagi lelaki lain di sekitar bandar ini selepas dipercayai terbabit dengan jenayah samun membabitka­n pemandu Grab pada 7 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian itu, abang remaja berkenaan berusia 25 tahun menggunaka­n perkhidmat­an Grab dari Kampung Jawa menuju ke Bandar Puteri di sini pada jam 7.50 malam.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, suspek meminta pemandu kenderaan berusia 43 tahun itu turun dari kenderaann­ya dengan alasan membantu mencari telefon bimbit yang kononnya hilang di dalam kereta berkenaan.

“Suspek cuba menumbuk pemandu Grab itu, tetapi berjaya dielak dan mangsa melarikan diri meninggalk­an keretanya.

“Suspek terus melarikan kereta Perodua Bezza milik mangsa,” katanya di sini, semalam.

Shamsul Amar berkata, mangsa kerugian kira-kira RM45,000 termasuk kereta, telefon bimbit dan wang tunai dalam kejadian berkenaan.

Beliau berkata, kereta mangsa dijumpai di Lorong Songket, Taman Maznah, di sini pada jam 2.45 petang 9 Januari lalu oleh anggota polis yang melakukan rondaan.

“Susulan itu, sepasukan polis pada 12 Januari lalu menangkap suspek utama iaitu abang kepada remaja berkenaan dan semakan rekod mendapati dia pernah terbabit dengan jenayah samun, curi kenderaan serta dadah.

“Seorang lagi lelaki berusia 44 tahun dan remaja itu turut ditangkap bagi membantu siasatan,” katanya.

 ??  ?? SHAMSUL
SHAMSUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia