Harian Metro

Lelaki lemas tergelinci­r di Telaga Tujuh

-

Langkawi: Kegembiraa­n empat rakan sekerja bergambar kenangan dan mandi di kawasan air terjun berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas selepas tergelinci­r serta jatuh di Air Terjun Telaga Tujuh di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mayat mangsa, Mohamad Aszuan Mohamad Nasir, 28, dari FELDA Keratong, Pahang ditemui dalam kawasan takungan air di kawasan rekreasi itu oleh orang awam.

Difahamkan, mangsa bersama tiga rakan yang bekerja di sebuah kilang di Batu Berendam, Melaka tiba di pulau itu sejak Jumaat lalu untuk bercuti dan dijangka pulang petang semalam.

Rakannya, Syahril Sabtu, 29, berkata, sebelum kejadian, arwah teruja bergambar dan mandi bersama di telaga pertama daripada tujuh telaga di kawasan air terjun itu.

“Kejadian berlaku pantas di hadapan mata kami bertiga, namun tidak dapat melakukan apa-apa kerana kami tidak tahu berenang dan kebetulan pada ketika itu, hanya kami saja di kawasan itu.

“Selepas beberapa minit arwah tenggelam, baru datang beberapa lelaki membantu mencarinya di dalam air dan membawanya ke darat tetapi dia sudah tidak bernafas lagi,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Langkawi (HL) di sini.

Syahril berkata, ketika kejadian, dia juga sempat melihat kelibat Mohamad Aszuan melambai tangan seperti meminta tolong ketika timbul dari dalam kawasan takungan air sejurus tergelinci­r dan jatuh.

Katanya, sikap arwah yang berstatus duda memang berlainan daripada kebiasaan apabila begitu berselera makan termasuk beberapa kali menambah nasi ketika mereka makan bersama malam kelmarin.

“Difahamkan, arwah ada seorang anak berusia lingkungan dua tahun dan kami membuat perancanga­n untuk bercuti bersama ke sini lebih enam bulan lalu... tak sangka arwah menemui ajal di sini.

“Jenazah Mohamad Aszuan akan dibawa pulang untuk dikebumika­n di kampung neneknya di Kuala Selangor, Selangor,” katanya.

 ?? Syahril ?? ANGGOTA bomba mengusung mayat Mohamad Aszuan (gambar kecil) yang lemas di Air Terjun Telaga Tujuh, Langkawi, semalam.
Arwah ada seorang anak berusia lingkungan dua tahun dan kami membuat perancanga­n untuk bercuti bersama ke sini lebih enam bulan lalu... tak sangka arwah menemui ajal di sini”
Syahril ANGGOTA bomba mengusung mayat Mohamad Aszuan (gambar kecil) yang lemas di Air Terjun Telaga Tujuh, Langkawi, semalam. Arwah ada seorang anak berusia lingkungan dua tahun dan kami membuat perancanga­n untuk bercuti bersama ke sini lebih enam bulan lalu... tak sangka arwah menemui ajal di sini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia