Harian Metro

Kembung RM16 sekilo Peniaga dipenjara sebulan pukul pesakit mental

-

 Harga tangkapan laut meningkat berikutan musim tengkujuh serta sambutan Tahun Baru Cina

Kota Bharu: Padah memukul pesakit mental dengan batang penyapu aluminium, seorang peniaga kedai makan dipenjara sebulan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhka­n hukuman itu selepas tertuduh Muhammad Hushairi Abdullah, 23, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh membayar pampasan RM2,000 terhadap mangsa yang patah kaki dan tangan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencederak­an Ismail Nor, 63, dengan batang penyapu aluminium di surau Kampung Pengkalan Baru, Bachok pada 3.30 petang, 9 Februari 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara boleh sampai 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, sebelum kejadian mangsa yang juga pesakit mental mengambil makanan di kedai makan terbabit dengan tangan kotor walaupun sudah diberikan makanan, selain memarahi isteri tertuduh.

Tertuduh yang hilang kawalan terus mencari mangsa dan menemuinya di lokasi kejadian untuk menegur perbuatan lelaki itu sebelum berlaku pergelutan antara mereka.

Tertuduh kemudian mengambil batang penyapu aluminium di surau terbabit dan memukul mangsa beberapa kali sebelum dihalang bapa tertuduh yang kebetulan melalui lokasi kejadian

Susulan kejadian, mangsa yang patah kaki kanan dan tangan kiri serta cedera di paha kiri, kepala dirawat di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, selama enam hari.

Terdahulu, peguam Ariyani Mohd Amin yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan dengan mengambil kira latar belakang anak guamnya yang sudah berkahwin.

“Mangsa dalam kes ini menghidap penyakit mental dan dikatakan sering membuat kacau bukan hanya di kedai makan malah masyarakat di kampung itu turut diganggu.

“Saya mohon tertuduh diberikan peluang dengan dikenakan bon jaminan berkelakua­n baik,” katanya.

 ??  ?? NURDI
TINJAUAN harga ikan di Pasar Chow Kit, semalam.
HAZLAN
NURDI TINJAUAN harga ikan di Pasar Chow Kit, semalam. HAZLAN
 ??  ?? MUHAMMAD Hushairi dibawa keluar dari mahkamah, semalam.
MUHAMMAD Hushairi dibawa keluar dari mahkamah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia