Harian Metro

Polis Thailand minta kesan anggota sindiket Macau Scam

-

Bangkok: Polis Diraja Thailand (RTP) meminta kerjasama Bukit Aman untuk mengesan saki-baki satu sindiket penipuan pusat panggilan berikutan penahanan enam anggotanya warga Malaysia di Bangkok, baru-baru ini.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Polis Diraja Malaysia Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd yang berkunjung ke Thailand, baru-baru ini.

“Mereka (RTP) meminta kerjasama kita (Bukit Aman) untuk mengesan saki-baki anggota sindiket penipuan itu berikutan penangkapa­n enam anggotanya di Bangkok baru-baru ini,” katanya.

Menurutnya, permohonan kerjasama daripada RTP untuk mengesan saki-baki anggota sindiket penipuan terbabit di Malaysia disuarakan ketika pertemuan beliau dengan rakan sejawatan Polis Thailand baru-baru ini.

Wan Ahmad Najmuddin yang berada di sini untuk menghadiri majlis penyerahan 20 kenderaan curi Malaysia kebanyakan­nya kereta mewah termasuk sebuah Bentley di ibu pejabat RTP berkata, kedua-dua pasukan polis mempunyai hubungan kerjasama yang amat rapat.

“Hubungan (antara PDRM dan RTP) yang rapat ini sudah lama dan merangkumi pelbagai bidang kerjasama,” katanya.

BERNAMA difahamkan beberapa individu dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket itu dan berkemungk­inan ‘dalang utama’ operasi penipuan sindiket itu berada di beberapa negeri di Malaysia.

Pada 4 dan 5 Januari lalu, polis Thailand menyerbu beberapa hotel di kawasan Huai Kwang dan Sukhumvit di Bangkok dan menahan enam rakyat Malaysia yang dipercayai anggota sindiket penipuan pusat panggilan.

Turut dirampas daripada mereka pelbagai buku akaun bank, kad kredit, kad ATM dan resit pengeluara­n wang, kad SIM telefon bimbit, telefon bimbit serta wang tunai dalam Thai Bhat dan Ringgit Malaysia daripada mereka yang terbabit.

Siasatan polis mendapati seorang daripada suspek itu mengumpul semua wang mangsa dan memindahka­nnya ke beberapa akaun bank yang mempunyai nama rakyat Thai dan Malaysia, sebelum wang itu dipindahka­n ke luar Thailand.

Menurut Polis Thailand, kira-kira 1.2 juta Baht (kira-kira RM153,000) dikeluarka­n dari negara ini.

Wan Ahmad Najmuddin dalam temu ramah itu berkata, jenayah penipuan pusat panggilan atau kerap dirujuk sebagai ‘Macau Scam’ perlu diberikan fokus berikutan pembabitan rakyat Malaysia dalam sindiket terbabit.

Tidak lama dulu, katanya, aktiviti penipuan pusat panggilan di Malaysia kerap dilakukan oleh warga Afrika atau China serta Taiwan.

“Sekarang orang Malaysia pula datang (ke Thailand) untuk menipu orang di sini,” katanya merujuk kepada penangkapa­n enam rakyat Malaysia anggota sindiket penipuan pusat panggilan di Bangkok baru-baru ini serta beberapa kes membabitka­n rakyat Malaysia di Thailand sebelum ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Pelancong Thailand Mejar Jeneral Surachet Hakpan yang mengetuai usaha RTP untuk membantera­s penipuan pusat panggilan di negara itu memberitah­u BERNAMA, polis Thai akan bekerjasam­a dengan rakan sejawatan di Malaysia untuk menangkap anggota lain sindiket itu.

“Apabila kami menangkap suspek dari mana-mana negara, kami akan bekerjasam­a dengan polis negara itu seperti Malaysia. Kami bekerjasam­a dengan Wan Ahmad Najmuddin semasa pertemuan kami (berhubung penangkapa­n enam rakyat Malaysia),” katanya.

Beliau turut hadir dalam pertemuan dengan Wan Ahmad Najmuddin yang diadakan baru-baru ini. – BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia