Harian Metro

15 GRO pelaris pusat hiburan ditahan

-

Gombak: Seramai 15 wanita warga asing disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) antara 18 yang ditahan dalam serbuan ke atas dua pusat hiburan di Taman Perindustr­ian Kepong di sini, malam kelmarin.

Serbuan kira-kira jam 10.30 malam itu dijalankan sepasukan anggota dari Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Kebanyakan wanita warga asing itu dijadikan pelaris bagi menarik perhatian lelaki tempatan berkunjung ke pusat hiburan terbabit.

Pegawai Turus D7 Selangor Deputi Superinten­dan Norhizam Bahaman berkata, turut ditahan tiga rakyat tempatan termasuk seorang wanita yang bekerja di premis berkenaan.

Katanya, daripada 15 wanita warga asing yang ditahan itu, lapan adalah warga Thailand; Vietnam (empat) dan Indonesia (tiga).

“Pemeriksaa­n ke atas kedua-dua premis mendapati ia mempunyai lesen perniagaan tetapi melakukan kesalahan dengan menggaji warga asing tanpa permit.

“Kebanyakan pelayan pelanggan itu akan menerima tip daripada pengunjung dengan pembelian minuman keras,” katanya.

Norhizam berkata, turut dirampas dalam operasi itu adalah 11 keping kad kerja, dokumen berkaitan serta wang tunai RM617.

“Semua tangkapan dibawa ke IPD Gombak untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen Imigresen 1959/1963 dan Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis memeriksa dokumen dan barang yang dibawa pengunjung dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang.
ANGGOTA polis memeriksa dokumen dan barang yang dibawa pengunjung dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang.
 ??  ?? PENGUNJUNG yang ditahan kerana positif dadah.
PENGUNJUNG yang ditahan kerana positif dadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia