Harian Metro

Terasa hati hingga ke mati

- Omar Osman am@hmetro.com.my

 Isteri beritahu pencipta nama Proton Saga terkilan tiada persatuan tentera ziarahi ketika sakit

“Kalau arwah suami ada pasti dia gembira melihat pihak tentera dan persatuan datang ke rumah kami. Sebelum ini ketika sakit, arwah selalu menyebut tidak ada persatuan bekas tentera datang menziarahi­nya,” kata Sariah Abdul Rahman, 69.

Dia adalah isteri kepada Allahyarha­m Staf Sarjan (B) Ismail Jaafar, 71, yang juga pencipta nama kereta nasional pertama Proton Saga.

Menurut Sariah, dia hanya mampu memujuk arwah suami yang kecewa apabila mengetahui persatuan melawat jiran yang juga bekas tentera yang sakit, tetapi dirinya dipinggirk­an.

Malah, katanya, sepanjang 51 hari dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) arwah sering menyebut perkara sama dan berasa terkilan hingga dijemput Ilahi, Jumaat lalu.

“Saya hanya mampu meminta arwah bersabar dan beritahu nak buat bagaimana jika orang tidak mahu datang.

“Terima kasih kepada Panglima 6 Briged dan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) serta semua pihak yang sudi datang ke rumah menziarah kami sekeluarga hari ini (semalam),” katanya di rumahnya, di Taman Nuri di sini, semalam.

Terdahulu, Sariah menerima kunjungan Panglima Markas Briged Ke-6 Brigedier Jeneral Abdul Aziz Ismail bersama Presiden Kelab Veteran Komando Malaysia Sani Othman.

Sementara itu, Sariah berkata, pembeli kereta Proton Saga terbabit menghubung­i anaknya Sarismahan­i, 37, semalam dan memberitah­u dia keberatan untuk menjualnya kembali.

“Lelaki itu beritahu dia sayangkan kereta itu kerana sudah lama menggunaka­nnya, malah kereta itu sudah diubah suai termasuk warnanya.

“Tak tahulah bagaimana anak saya (Mohd Sarisffudd­in) berbincang dengan pembeli kereta itu nanti, sama ada dia mahu teruskan hasrat arwah ayahnya atau tidak.

“Memang sebelum ini arwah minta dicarikan semula kereta Proton Saga itu. Arwah anak perempuan, Sarismahan­iza pernah membelikan Proton Gen2 kepada arwah dengan nombor pendaftara­n 7149 cuma hurufnya berbeza,” katanya.

Menurutnya, kereta Proton Saga 1.3 itu digunakan selama 10 tahun sebelum dijual arwah pada 1995 dengan harga RM15,000 kerana memerlukan wang untuk keperluan pendidikan anak mereka.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, pihak ATM khususnya tentera darat terkejut mengetahui berita Ismail meninggal dunia apatah lagi arwah pencipta nama Proton Saga.

“Saya mewakili Panglima ATM dan Panglima Markas Dua Divisyen menyampaik­an salam takziah kepada isteri dan keluarga arwah Ismai.

“Saya menyaranka­n bekas tentera mendaftar dengan persatuan. Ketika ini, ada lebih 30,000 bekas tentera di Kedah, namun dianggarka­n 20,000 saja mendaftar sebagai ahli dan selebihnya gagal dikesan,” katanya.

 ??  ?? SARIAH (kanan) menerima kunjungan Abdul Aziz dan wakil persatuan bekas tentera di rumahnya.
SARIAH (kanan) menerima kunjungan Abdul Aziz dan wakil persatuan bekas tentera di rumahnya.
 ??  ?? LAPORAN Metro Ahad, semalam.
LAPORAN Metro Ahad, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia