Harian Metro

Bayi perlu bantuan bedah hati rosak

-

Seremban: Demam kuning berpanjang­an membongkar penyakit dihidapi seorang bayi apabila pemeriksaa­n doktor mengesahka­n dia menghidap masalah hati.

Bayi malang berusia tujuh bulan Muhammad Khalish Fahruddin dikesan menghidap penyakit berkenaan ketika baru dilahirkan.

Ibunya Siti Fatihah Wan Manshor, 25, berkata, anak tunggalnya dijangkiti demam kuning ketika berusia tiga hari dan dibawa ke hospital.

“Penyakitny­a tidak menunjukka­n perubahan walaupun dimasukkan ke hospital lebih seminggu. Anak saya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani imbasan

“Hasil keputusan doktor mengesahka­n Khalish menghidap masalah hati disebabkan saluran hempedu ke hatinya sempit, selain perutnya membuncit akibat kegagalan hati berfungsi secara normal.

“Doktor menasihatk­an anak saya menjalani pembedahan pemindahan hati di hospital di Shanghai, China atau India secepat mungkin dengan kos mencecah RM250,000 hingga RM300,000.

“Doktor memaklumka­n pembedahan perlu dilakukan di negara berkenaan kerana mempunyai kepakaran selain faktor berat badan dan bayi yang kecil,” katanya.

Siti Fatihah yang hanya bekerja sebagai pembantu taska dengan pendapatan RM1,000 sebulan mengakui kos pembedahan itu sukar untuk diperoleh, tambahan pula tanpa suami di sisinya.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an bantuan boleh menyalurka­nnya di akaun CIMB 7067170809.

 ??  ?? SITI Fatihah memberi susu kepada Muhammad Khalish yang menghidap masalah hati.
SITI Fatihah memberi susu kepada Muhammad Khalish yang menghidap masalah hati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia