Harian Metro

Jiwa tahan lasak

- Aizat Sharif mohd.aizat @mediaprima.com.my

 Pak Nasir mula ceburi dunia larian jarak jauh sejak khidmat dalam ATM 20 tahun lalu

Tatkala Kedah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia selama tiga musim bermula dari 2015, nama Staf Sarjan (B) Nasir Abas, 63, sering menjadi bualan masyarakat di Kedah.

Mana tidaknya, selama tiga musim itu jugalah, pesara tentera yang pernah bertugas dengan Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (JLJ) akan melakukan larian dari Stadium Darulaman di Alor Setar ke Stadium Shah Alam, Selangor sebelum pulang semula ke Alor Setar yang berjarak 436 kilometer (km) sebagai tanda sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan Lang Merah.

Namun tidak semuanya berakhir kemenangan apabila daripada tiga kali Kedah melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia cuma sekali saja iaitu pada 2016, mereka berjaya merangkul piala kebanggaan negara itu.

Seperti juga Nasir atau lebih dikenali sebagai Pak Nasir, hanya sekali itu jugalah lariannya pulang semula ke Alor Setar dari Shah Alam dihiasi dengan senyuman kemenangan pasukan kesayangan­nya.

Pak Nasir berkata, meskipun masyarakat mula mengenalin­ya selepas kejayaan melakukan larian dari Alor Setar ke Shah Alam, dunia lariannya bermula lebih awal sejak berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lagi.

“Ramai orang ingat saya hanya mula berlari jarak jauh selepas Kedah masuk final Piala Malaysia pada 2015 sedangkan saya sebenarnya bergiat dalam larian jarak jauh ini 20 tahun lalu iaitu pada 1997 dan ketika itu saya masih lagi berkhidmat dengan ATM.

“Saya mewakili ATM dengan menyertai pelbagai acara maraton yang dianjurkan ketika itu dan minat mendalam terhadap larian jarak jauh ini juga saya kembangkan kepada acara larian seperti Larian Bendera yang sering diadakan sempena

 ?? Nasir ?? PEMINAT bergambar dengan Pak Nasir di stesen minyak Petronas di Simpang Pulai.
Ramai orang ingat saya hanya mula berlari jarak jauh selepas Kedah masuk final Piala Malaysia pada 2015 sedangkan saya sebenarnya bergiat dalam larian jarak jauh ini 20 tahun lalu iaitu pada 1997 dan ketika itu saya masih lagi berkhidmat dengan ATM” PAK Nasir melepasi pekan Gopeng untuk ke Simpang Pulai, Perak pada larian 2016.
Nasir PEMINAT bergambar dengan Pak Nasir di stesen minyak Petronas di Simpang Pulai. Ramai orang ingat saya hanya mula berlari jarak jauh selepas Kedah masuk final Piala Malaysia pada 2015 sedangkan saya sebenarnya bergiat dalam larian jarak jauh ini 20 tahun lalu iaitu pada 1997 dan ketika itu saya masih lagi berkhidmat dengan ATM” PAK Nasir melepasi pekan Gopeng untuk ke Simpang Pulai, Perak pada larian 2016.
 ??  ?? PAK Nasir menunjukka­n keratan akhbar yang diletakkan di restoran milik kawannya di Kuala Kedah.
PAK Nasir menunjukka­n keratan akhbar yang diletakkan di restoran milik kawannya di Kuala Kedah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia