Harian Metro

‘Pancing’ balik ke pangkal jalan

-

Kuala Terengganu: Diskrimina­si dan sukar mendapat kerja didakwa menjadi punca majoriti mak nyah di negeri ini terjebak dalam kegiatan tidak sihat atau aktiviti ‘lorong’ bagi menyara kehidupan mereka.

Pengerusi Jawatankua­sa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas negeri Ghazali Taib berkata, kerajaan negeri memandang serius masalah dihadapi mereka yang kebanyakan­nya meluahkan kekecewaan kerana sukar mendapat pekerjaan.

Menurutnya, kerajaan negeri akan cuba membantu menangani dengan cara terbaik kerana ramai antara mereka berbakat dan rajin.

“Tidak seperti orang lain yang kebiasaann­ya mahukan ‘ikan’ sebagai bantuan untuk menyara hidup, sebaliknya mereka ini mahukan ‘pancing’ untuk teruskan hidup.

“Kerajaan

negeri

sedia membantu golongan ini untuk keluar daripada kepompong gejala tidak sihat termasuk dengan menyediaka­n bantuan modal perniagaan dan peluang pekerjaan, sekali gus berharap dapat menarik golongan itu kembali ke pangkal jalan,” katanya selepas majlis Temu Murni Bersama Komuniti Yang Disayangi di sini, kelmarin.

Lebih 100 mak nyah dari negeri ini, Pahang dan Kelantan hadir ke majlis berkenaan.

Ghazali berkata, walaupun mak nyah sering dipandang serong oleh sebahagian besar masyarakat, mereka juga berhak dibantu bagi mengelak gejala tidak sihat membabitka­n golongan berkenaan menjadi lebih serius.

“Nampaknya mereka sangat positif apabila mahu kita bantu dengan menyediaka­n kursus kemahiran, latihan pekerjaan atau perniagaan dan sedikit modal untuk memulakan perniagaan bagi meneruskan kehidupan, sekali gus menariknya keluar daripada melakukan aktiviti tidak bermoral untuk menyara hidup,” katanya.

Mengulas mengenai majlis berkenaan, Ghazali berkata, ia permulaan untuk pihaknya menyelami permasalah­an dihadapi golongan berkenaan sehingga menyebabka­n mereka terjebak dengan kancah gejala sosial untuk menyara hidup.

 ??  ?? ANTARA yang hadir ke majlis Temu Murni Bersama Komuniti Yang Disayangi.
ANTARA yang hadir ke majlis Temu Murni Bersama Komuniti Yang Disayangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia