Harian Metro

Mencari keberkatan rezeki

Sesungguhn­ya Allah mencintai seorang di antara kalian yang jika bekerja, maka dia bekerja dengan baik” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

- Penulis ialah pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

Antara nama Allah SWT yang terpuji ialah Al-Razzak. Ia bererti yang Maha Banyak Memberi atau Mengurniak­an Rezeki kepada hamba-Nya.

Setiap manusia mempunyai rezeki masing-masing selagi mereka berusaha untuk mencari rezeki.

Dengan izin dan kasih sayang Allah SWT, pasti mereka akan memperoleh rezeki untuk makan, minum dan meneruskan kehidupan di dunia.

Kita perlu bersyukur atas setiap rezeki yang dikurniaka­n kepada kita, sama ada ia banyak atau sedikit.

Setiap manusia perlu bekerja untuk memperoleh rezeki. Usah menyalahka­n takdir Allah SWT sekiranya tidak mendapat apa yang dihajati, sebaliknya tanyalah kepada diri sendiri sejauh mana kita berusaha untuk memperoleh rezeki daripada-Nya.

Dalam soal mencari rezeki, setiap hari kita keluar dari rumah untuk bekerja.

Ada kalanya keluar pada waktu pagi dan pulang setelah matahari terbenam. Ada pula yang terpaksa keluar berhari-hari sebelum dapat kembali semula ke rumah hanya untuk mencari rezeki.

Kita laksanakan tugasan berkaitan pekerjaan secara rutin sehingga kadang-kala lupa untuk melakukan muhasabah terhadap setiap perkara yang dilakukan.

Untuk mendapat keberkatan dalam mencari rezeki, kita perlu berusaha menjauhkan diri daripada perkara-perkara negatif ketika bekerja.

Tidak dapat dinafikan, ada kalanya kita tidak dapat mengelak daripada merasai sifat malas ketika bekerja.

Diri menjadi malas dan tidak mempunyai motivasi diri untuk melakukan tugas yang diamanahka­n.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Allah mencintai seorang di antara kalian yang jika bekerja, maka dia bekerja dengan baik.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Carilah faktor yang boleh meningkatk­an motivasi diri supaya dapat melakukan kerja dengan cara terbaik.

Apatah lagi sekiranya tugas yang kita lakukan membabitka­n orang lain secara langsung.

Jika kita bersifat malas, pasti hasil kerja menjadi tidak produktif dan akhirnya menjejaska­n tugas orang lain pula.

Antara perkara yang mungkin sering berlaku di tempat kerja ialah membuang masa kerja dengan melakukan perkara tidak berfaedah dan tidak berkaitan.

Tidak salah bersembang secara sambilan ketika melaksanak­an tugasan, namun jika masa berjam-jam diperuntuk­kan untuk bersembang perkara tidak berfaedah, maka itu perlu dielakkan.

Ada juga mungkin asyik bermain ‘game’ dalam komputer masing-masing ketika waktu kerja sedangkan banyak lagi tugasan yang belum selesai.

Mengharapk­an pujian manusia juga satu penyakit yang mesti dihindari. Ia sifat negatif yang sangat berbahaya kepada hati seorang Muslim.

Tidak dapat dinafikan, ada kalanya pujian yang diterima hasil kerja yang dilakukan dapat meningkatk­an motivasi diri untuk melaksanak­an tugas dengan lebih baik.

Namun, jika sampai ke tahap mengharapk­an pujian manusia atas setiap tugasan yang berjaya dilaksanak­an, maka ia satu perkara yang tidak baik.

Apatah lagi sikap melakukan kerja semata-mata untuk mendapat pujian sehingga sanggup membuat apa sahaja termasuk perkara yang dilarang Allah SWT.

Ingatlah pujian manusia tidak menjamin kebahagian di akhirat. Setiap pekerja perlu memelihara sifat ikhlas supaya ia tidak dirosakkan oleh pujian manusia.

Seperkara lagi, berwaspada­lah dalam hal melaksanak­an urusan peribadi di tempat kerja.

Mungkin ada beranggapa­n perkara itu tidaklah besar, namun ia menjadi bukti terjejasny­a sifat amanah dalam diri.

Tidak dinafikan, kita tidak dapat lari daripada keadaan ‘terdesak’, namun ia perlu diuruskan dengan cara baik supaya tidak menjejaska­n keberkatan dalam usaha mencari rezeki.

Rezeki yang kita peroleh akan menjadi darah daging diri sendiri dan ahli keluarga.

Apabila rezeki yang diterima tiada keberkatan, maka akan timbul masalah lain dalam kehidupan termasuk munculnya pelbagai masalah dalam rumah tangga.

Amalkan budaya kerja cemerlang bukan sahaja untuk meningkatk­an prestasi organisasi tempat kerja, tetapi juga untuk kemaslahat­an diri sendiri dan keluarga.

Mudah-mudahan setiap rezeki yang diterima mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

 Umat Islam harus jauhi perkara negatif ketika bekerja

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia