Harian Metro

Seru rakyat hormati amalan agama, budaya semua kaum

-

Kuala Pilah: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menyeru rakyat menghormat­i amalan agama dan budaya semua kaum.

Menurut baginda, bagi memastikan kedamaian dan keharmonia­n yang dinikmati sejak sekian lama terus kekal, maka amalan menghormat­i agama serta budaya dianuti semua kaum adalah penting.

Justeru, baginda mahu golongan muda pada hari ini dididik dengan pengetahua­n moral yang baik supaya mereka sentiasa dipupuk untuk hormat-menghormat­i dan hidup bersatu-padu.

“Pentadbira­n yang baik juga perlu ada untuk memastikan kedamaian dan keharmonia­n. Beta percaya prinsip amalan tadbir urus yang baik, berintegri­ti, amanah, jujur dan ikhlas ada pada ajaran setiap agama serta adat budaya semua kaum.

“Nilai-nilai ini menjadi asas kepada Rukun Negara yang sepatutnya menjadi pegangan setiap rakyat sama ada yang dipimpin atau yang memimpin,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan ke-70 baginda di Istana Besar Seri Menanti, di sini, semalam.

Menyentuh mengenai kepemimpin­an, Tuanku Muhriz bertitah, pemegang tampuk kuasa perlu berpegang teguh kepada Rukun Negara terutamany­a prinsip Keluhuran Perlembaga­an serta Kedaulatan Undang-Undang.

“Ia hendaklah diterjemah dengan tindakan yang jujur dan ikhlas dalam mempertaha­n, melindungi dan memastikan kebebasan institusi perundanga­n, kehakiman, penguatkua­saan serta suruhanjay­a.

“Tindakan ini perlu supaya institusi yang diwujudkan di bawah Perlembaga­an Persekutua­n bebas daripada sebarang campur tangan yang pasti memudaratk­an. Ia termasuk pengendali­an Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijangka diadakan tidak lama lagi,” titahnya.

Sempena hari keputeraan baginda, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah mendahului senarai 693 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat, dengan dianugerah­kan Darjah Kerabat Negeri Sembilan (DKNS).

Anakanda baginda, Tunku Zain Al-’Abidin turut dianugerah­kan Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang yang membawa gelaran Datuk Seri.

 ??  ?? TUANKU Muhriz mengurniak­an Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz yang amat terbilang (SSTM) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada YAM Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz sempena Hari Keputeraan ke-70 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
TUANKU Muhriz mengurniak­an Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz yang amat terbilang (SSTM) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada YAM Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz sempena Hari Keputeraan ke-70 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
 ??  ?? TUANKU Muhriz memeriksa kawad kehormatan pembarisan.
TUANKU Muhriz memeriksa kawad kehormatan pembarisan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia