Harian Metro

‘Semoga berakhir dengan baik’

- DARI MUKA R23

“Saya akui apabila bertunang banyak dugaan terpaksa ditempuh. Namun, saya tidak berani mengatakan sama ada dugaan yang dihadapi adalah yang terbesar buat masa ini.

“Soal kahwin bukan perkara yang boleh dibuat main-main sebaliknya ia keputusan terbesar yang perlu dilakukan setiap pasangan.

“Kalau memilih pekerjaan mungkin ia keputusan sendiri tetapi apabila hal perkahwina­n ini ia membabitka­n banyak pihak,” katanya.

Elfira bertunang dengan Sufian, 25, pada 6 Oktober lalu di kediaman keluargany­a di Alam Damai, Cheras selepas hampir lapan bulan bercinta.

Pada majlis itu, keluarga kedua-dua pihak bersetuju memilih Mac ini sebagai detik penyatuan Elfira dan Sufia menjadi suami isteri.

Menurut Elfira, meskipun pasrah dengan setiap dugaan yang dihadapi, dia tetap positif dan mengharapk­an yang terbaik.

“Saya tidak mahu memberatka­n kepala dengan dugaan yang datang. Saya harap apa yang dilalui berakhir dengan baik.

“Apa yang terbuku dalam hati ini saya nak ia ke arah positif. Setakat ini hubungan kami berjalan dengan baik. Doakan yang terbaik,” katanya.

Elfira juga mengakui belum membuat sebarang persiapan perkahwina­n meski majlisnya dengan Sufian semakin hampir.

Elfira ditemui sempena Festival GegaRia di Pusat Konvensyen

Setia City, Shah Alam semalam untuk berkongsi pengalaman menerusi slot bual bicara yang mengetenga­hkan topik Tanggungja­wab Media Sosial.

Bercerita mengenai peranan selebriti dalam membendung perkara negatif di media sosial, Elfira berharap, masyarakat akan lebih matang dan menggunaka­n media sosial untuk tujuan yang sihat serta berfaedah.

“Apa yang dikongsi hari ini bukan untuk memberi nasihat sebaliknya sekadar pandangan untuk mengubah stigma masyarakat. Ada di antara mereka gemar menghukum tanpa mengetahui hujung pangkal sesuatu cerita.

“Letakkan diri kita dalam situasi individu itu sebelum memberikan tanggapan negatif. Semestinya kita juga tidak suka orang menghakimi tanpa usul periksa,” katanya. - Najiy Jefri

Elfira enggan beratkan kepala dengan pelbagai dugaan

 ??  ??
 ??  ?? Apa yang terbuku dalam hati ini saya nak ia ke arah positif. Setakat ini hubungan kami berjalan dengan baik. Doakan yang terbaik
Apa yang terbuku dalam hati ini saya nak ia ke arah positif. Setakat ini hubungan kami berjalan dengan baik. Doakan yang terbaik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia