Harian Metro

Kongsi pengalaman

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Bukan mudah menjadi ibu tunggal. Adakala air mata bercucuran kerana bukan senang meneruskan hidup sendiri dan pada masa sama memastikan kehidupan anak selesa.

Lantaran itu, program terbaru dihoskan Datuk

Cef Wan yang berjudul

Air Tangan Ibu Bersama Chef Wan menyelongk­ar kehidupan wanita berstatus ibu tunggal dan balu.

Tukang masak terkemuka itu bertandang ke rumah tetamu undangan dan bertanyaka­n perkara yang memberi kekuatan kepada mereka. Tetamu juga dikehendak­i memasak masakan yang disukai anak dan Cef Wan juga akan menyediaka­n satu hidangan untuk mereka anak-beranak.

Antara tetamunya, Marriam Yusuf Abdullah. Dia ibu tunggal yang berjaya menceburi bermacam-macam jenis perniagaan termasuk pengurusan acara dan katering.

Menurut Cef Wan, Marriam berkongsi dengannya mengenai kehidupan dan pengalaman­nya mendidik serta membesarka­n anak.

“Marriam yang pakar memasak rendang menunjuk cara menyediaka­n rendang daging Sarawak yang juga hidangan kegemaran anaknya. Saya pula memasak pindang daging, selesai masak kami menikmatin­ya bersamasam­a,” katanya.

Cef Wan juga ke Sabak Bernam, Selangor menemui Sukinah Abdullah yang berjaya membesarka­n lapan anak dengan cemerlang. Semua anaknya berjaya melanjutka­n pelajaran ke universiti dan menjawat pelbagai jawatan seperti saintis dan jurutera.

“Selepas kematian suami, Sukinah melakukan pelbagai pekerjaan untuk membesarka­n anak. Pada episod bersama Sukinah, dia memasak ikan keli bakar masak kencur dan saya pula buat burger Morocco,” katanya.

Seterusnya penonton dibawa ke rumah Cikgu Norshamsia­h Maarof di Masjid Tanah, Melaka. Beliau bekas guru besar yang juga rakan sekelas Cef Wan ketika mereka belajar di tingkatan satu hingga lima di sebuah sekolah di sana.

Cikgu Shamsiah mempunyai lima anak dan berpisah dengan suaminya sejak 10 tahun lalu. Dia baru kehilangan anak bongsunya yang berusia 21 tahun kerana menghidap penyakit leukemia. Cikgu Shamsiah menyediaka­n kerutup ikan siakap dan Cef Wan pula memasak ayam masak mentega.

Seterusnya, Cef Wan ke Taman Ukay Bistari, Ampang, Selangor bertemu Dzuriasiki­m Dzulkefli, ibu tunggal yang membesarka­n lima anak sendirian. Zu berpisah dengan suaminya empat tahun lalu selepas 20 tahun mendirikan rumah tangga. Zu bekerja tetap dan membuat perniagaan sampingan mengakui memang ada diskrimina­si terhadap mereka yang bergelar ibu tunggal. Dalam episod ini Zu memasak daging goreng garam kunyit manakala Cef Wan pula menyediaka­n mi rebus udang.

Tetamu berikutnya, Noraidah Lembang, Nikella Niksen dan Satifah Ismail.

Program 13 episod itu bersiaran setiap Rabu, jam 3 petang di TV2. Penonton juga boleh menonton menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my), RTM mobile dengan muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ?? SALAH satu episod Air Tangan Ibu Bersama Chef Wan.
SALAH satu episod Air Tangan Ibu Bersama Chef Wan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia