Harian Metro

Jalinan kasih siswa, anak Orang Asli

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Kelab Eleventh Volunteer, Sekretaria­t Sukarelawa­n Siswa Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Kesebelas (K11) sesi 2017/2018, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurk­an Program Jalinan Kasih @ Kampung Orang Asli, Hulu Langat Selangor, baru-baru ini.

Ia bagi menanam minat anak Orang Asli dalam menuntut ilmu di samping mengeratka­n hubungan siswa dengan masyarakat desa.

Pengarah program, Siti Bassyirah Ibrahim, 23, berkata, program yang julung kali diadakan itu mendapat sokongan penuh daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM serta aktiviti dijalankan mendapat sambutan masyarakat Orang Asli di kawasan itu.

“Seramai 46 mahasiswa K11, UPM terbabit dalam menjayakan program itu dan perancanga­n dilakukan secara telus supaya aktiviti yang kami jalankan mendapat sambutan Orang Asli,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya terpanggil menjalanka­n aktiviti itu kerana masih ramai anak Orang Asli tercicir dalam pelajaran.

Sementara itu, pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Pemprosesa­n Makanan, Fakulti Kejurutera­an, UPM, S Suganthi, 22, berkata, dia begitu meminati aktiviti sukarela.

Ini kerana secara langsung menjadi tanggungja­wab untuknya menyedarka­n masyarakat kepentinga­n pendidikan di peringkat sekolah rendah ataupun institusi pengajian tinggi.

“Melalui program bersama pihak JAKOA ini, saya berasa bangga kerana sedikit sebanyak dapat membantu menaik taraf hidup masyarakat setempat dengan perkongsia­n ilmu bersama anak-anak Orang Asli,” katanya.

Rakannya, Nur Afifah Ngasri, 21, berkata, sebagai sukarelawa­n peranan pelajar universiti sangat penting dalam membantu masyarakat luar bandar melalui aspek pendidikan.

“Program ini bukan sahaja disertai kanakkanak malah turut dihadiri golongan dewasa.

“Kami menggunaka­n pendekatan akademik yang dimulakan dengan aktiviti membaca dan mewarna,” katanya.

Tambah beliau, atas faktor tidak ramai masyarakat Orang Asli yang bersekolah, hanya segelintir daripada mereka mengenal huruf.

“Melihat gelagat anakanak Orang Asli, mereka kebanyakan berasa malu namun selepas mengikuti aktiviti bersama sukarelawa­n, sedikit sebanyak mereka mula berinterak­si dengan baik,” katanya.

Selain itu, antara aktiviti diadakan termasuk ceramah, sukaneka dan aktiviti gotong-royong membersihk­an kawasan kampung bersama masyarakat setempat.

Sebelum ini Eleventh Volunteer pernah menganjurk­an beberapa aktiviti kesukarela­wanan seperti program bersama anak-anak yatim dan masyarakat Rohingya.

Kelab Eleventh Volunteer, K11, UPM

dekati masyarakat desa bantu

tingkat pendidikan Seramai 46 mahasiswa K11, UPM terbabit dalam menjayakan program itu dan perancanga­n dilakukan secara telus supaya aktiviti yang kami jalankan mendapat sambutan mereka

 ??  ?? SUKARELAWA­N membantu anak-anak Orang Asli membaca.
SUKARELAWA­N membantu anak-anak Orang Asli membaca.
 ??  ?? BERGAMBAR kenangan selepas aktiviti.
BERGAMBAR kenangan selepas aktiviti.
 ??  ?? SEBAHAGIAN permainan yang dijalankan.
SEBAHAGIAN permainan yang dijalankan.
 ??  ?? KANAK-kanak Orang Asli gembira dengan aktiviti dijalankan.
KANAK-kanak Orang Asli gembira dengan aktiviti dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia