Harian Metro

ZAHIRKAN IDEA

-

DARI MUKA N33

Menurut Penyelaras Projek Asniza Mohd Sani, Hari Apresiasi Seni itu diuruskan sepenuhnya murid tahun enam yang dilantik.

Jelasnya, ini memberi peluang kepada pelajar menguruska­n pameran seni dan menghargai karya seni serta mengetahui skop masa hadapan iaitu peluang melanjutka­n pelajaran dalam bidang kesenian.

“Secara tidak langsung ia memupuk minat pelajar mencintai karya seni.

“Pada masa sama dapat memupuk semangat kerjasama dan meningkatk­an keyakinan individu ataupun kumpulan,” katanya.

Menerusi kerjasama Doodict, artis coret dari Kuala Lumpur yang terdiri daripada Zami Musa,

Ady Shutterscr­eam dan Akunapie, pelajar SKM berpeluang mempelajar­i teknik asas seni itu secara lebih terperinci.

Ketika bengkel berlangsun­g, murid dapat melihat dengan lebih dekat hasil coretan yang sudah siap, demonstras­i dan tayangan video disediakan Doodict.

Hari Apresiasi Seni dimeriahka­n dengan artis jemputan Zalif Sidek yang turut merasmikan program itu.

Sementara itu, Guru Besar SKM Arifin Ismail berkata, melalui program ini murid berjaya membuat persepsi, mengenal pasti, memahami dan mengaplika­sikan prosedur pengurusan sebelum, ketika serta selepas pameran seni visual yang terdapat dalam subjek Pendidikan Seni Visual.

“Secara tidak langsung murid dapat menzahirka­n idea melalui pelbagai sumber.

“Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya dan refleksi pameran berpanduka­n bahasa seni visual.

Turut semai semangat kerjasama, tingkatkan keyakinan individu ataupun kumpulan

“Selain itu seni dengan disiplin ilmu yang lain, kehidupan, sejarah seni dan budaya dapat dihubung kait.

“Kami sangat memandang berat pembentuka­n murid supaya ilmu yang dipelajari dapat digunakan pada masa akan datang,” katanya. -Fazurawati Che Lah

 ??  ?? SEKUMPULAN murid menghasilk­an
lukisan coret.
SEKUMPULAN murid menghasilk­an lukisan coret.
 ??  ?? DEMONSTRAS­I daripada Doodict.
DEMONSTRAS­I daripada Doodict.
 ??  ?? KETUA projek, Muhammad Aliff (kiri) bersama Zalif (tengah) dan Asniza.
KETUA projek, Muhammad Aliff (kiri) bersama Zalif (tengah) dan Asniza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia