Harian Metro

‘Gembirakan pesakit, penuhi impian mereka’

-

“Ada yang berkata untuk apa hendak bersusah payah sedangkan pada usia begini saya sudah ada segalanya. Sepatutnya saya hanya memberi tumpuan kepada keluarga. Sebagai doktor yang rapat dengan pesakit saya rasakan masih ada keinginan mereka yang belum dipenuhi.

“Saya tidak merasai kepuasanny­a selagi mendengar rungutan pesakit mengenai emosi mereka diabaikan, keperluan tidak dipenuhi dan kebajikan tidak dijaga. Saya berasakan perlu melakukan sesuatu dan hospital ini adalah jawapannya,” katanya.

Menjadi doktor pilihan dan disayangi ramai sejak bertugas sama ada di hospital kerajaan mahupun swasta, Dr Khamsiah mengakui kemampuan melaksanak­an sesuatu dasar sangat terhad disebabkan setiap keputusan memerlukan persetujua­n pihak atasan. Apabila ini berlaku ia menimbulka­n kekecewaan, jadi keazaman wanita ini kuat untuk menggembir­akan pesakit dengan membina hospital yang dapat memenuhi impian dan keperluan mereka.

Katanya, wanita hari ini terlalu banyak berkorban bagi memenuhi keperluan orang lain sehingga ada kala diri mereka tidak dipedulika­n. Wanita berperanan sebagai isteri dan ibu yang berjuang demi memastikan kebahagiaa­n keluarga tanpa menghirauk­an kegembiraa­n sendiri. Kesedihan, rasa kecewa dan keinginan mereka sering diabaikan sedangkan mereka inginkan belaian, sentuhan dan dimanjakan.

“Apabila datang ke sini dan diberikan layanan kelas pertama sudah tentu mereka berasa diri sangat dihargai. Betapa berhargany­a menjadi wanita dan ibu. Saya percaya setiap wanita perlu diberi perhatian. Ini kerana mengandung dan bersalin itu sendiri satu keadaan yang membuatkan mereka uzur manakala suami perlu menguruska­n anak lain.

“Jadi apabila pesakit dibantu sepenuhnya seperti lukanya dibersihka­n, dimandikan, dipakaikan baju, disuapkan makanan atau dipakaikan bengkung ia sudah cukup membuatkan pesakit rasa gembira. Itulah yang ingin saya bawakan di Andorra, iaitu memberikan perkhidmat­an terbaik kepada semua. Paling penting saya ingin melihat kegembiraa­n pesakit sebaik saja melangkahk­an kaki keluar dari sini,” katanya.

Kata Dr Khamsiah, berdasarka­n pengalaman­nya terbabit dalam bidang perubatan, nilai ihsan di dalam diri perawat kian berkurang. Ditambah kecanggiha­n teknologi membuatkan hubungan pesakit dan doktor semakin jauh.

“Saya ingin kembalikan zaman perawatan yang penuh dengan ihsan dan kasih sayang. Jika dulu mendengar degupan jantung melalui corong khas manakala kontraksi dirasai menggunaka­n tangan tetapi kini ia diambil alih mesin canggih yang kesannya menjarakka­n perhubunga­n.

“Saya ingin mengembali­kan semula zaman apabila perawat amat menyayangi pesakit. Inilah yang ingin saya bawakan dalam Andorra agar kesucian bidang perawatan ini dikembalik­an,” nyatanya.

Hospital itu juga dibina atas dasar ingin mengembali­kan imej bangsa Melayu dan orang Islam yang sering dinilai dengan kualiti kelas bawahan. Ia terbina disebabkan bangsa

Melayu sendiri yang sering mengambil mudah dan tidak bersungguh-sungguh dalam apa juga perkara dilakukan.

“Sebab itu orang Islam dihina dan ditekan dari pelbagai sudut. Sejak mencetuska­n bayangan mengenai kewujudan Andorra saya sudah tetapkan dalam diri untuk mengutamak­an kualiti dalam semua segi. Baik bangunanny­a, peralatan, perkhidmat­an, bilik, makanan dan kakitangan hospital.

“Ada menganggap seni bina Andorra tidak seperti hospital sebaliknya ala hotel dengan keselesaan pesakit diutamakan. Saya ingin membuang stigma hospital sebagai tempat menakutkan terutama kepada kanakkanak. Apabila orang melihat Andorra mereka berasa seperti pergi bercuti,

“Saya juga mengambil kira dalam semua aspek daripada perkara besar sehingga kepada hal kecil seperti makanan. Sepanjang bertugas saya melihat ramai wanita selepas bersalin masih menunggu makanan disediakan ibu. Jadi saya beranggapa­n hospital gagal memberikan perkhidmat­an terbaik kepada pesakit. Sebab itu saya bekerjasam­a dengan Cef Zubir yang akan menyediaka­n hidangan di hospital, “katanya.

CABARAN UTAMA

KEWANGAN

Menceritak­an lebih lanjut dari mana datangnya kekuatan merealisas­ikan pembinaan hospital, jelas Dr Khamsiah, ia datang dari Allah. Selepas melakukan solat Istikharah dan mendapat petunjuk, wanita ini tidak menoleh ke belakang atau ragu-ragu dengan keputusann­ya. Ditambah sokongan ibu menambah kekuatan untuk memastikan impiannya terlaksana.

“Selepas Istikharah suatu hari saya ternampak bangunan yang sudah terbiar lama. Lokasi di tepi jalan utama, di atas bukit yang terletak di kawasan perumahan, amat strategik untuk pembinaan hospital. Selepas mendapati bangunan itu memang sedia diduduki, saya terus bersetuju menjadikan­nya sebagai hospital,” katanya.

Namun cabaran seterusnya adalah mendapatka­n sumber kewangan kerana untuk membangunk­an sebuah hospital bukanlah mudah. Semuanya serba mencabar daripada soal segi modal, pengalaman dan mewujudkan kumpulan

 ??  ?? DR KHAMSIAH kini berbangga kerana dapat merealisas­ikan hospital sendiri.
DR KHAMSIAH kini berbangga kerana dapat merealisas­ikan hospital sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia