Harian Metro

Berbaloi nikmati tanaman sendiri

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Siapa sangka dari sekadar minat untuk berkebun di laman rumah sendiri, kini wanita ini menjadi ikutan menerusi laman sosial selepas menubuhkan kumpulan Kebun KecilPandu­an dan Tutorial di Facebook.

Menariknya, hanya dalam tempoh dua bulan, komuniti kebun ditubuhkan Noorharyan­ty Mohd Sabri, 44, sudah pun mempunyai lebih 5,400 pengikut.

Menerusi komuniti itu katanya, ahli dapat berkongsi idea, ilmu berkebun, mengenali lebih banyak jenis tanaman atau tumbuhan serta cara penjagaan pokok selain menjadi medium maklumat bagi mendapatka­n benih, anak pokok dan bahan lain untuk berkebun.

Menurut Noorharyan­ty, meskipun minat menanam sudah bercambah sejak 17 tahun lalu, dia hanya aktif melakukan aktiviti itu sejak dua tahun lalu.

“Sebenarnya bukan susah hendak mewujudkan taman dapur. Maklumat mengenainy­a begitu mudah dicari dan banyak di Internet, bergantung kepada diri sama ada hendak atau tidak saja untuk mengusahak­annya.

“Namun, apa yang memuaskan hati apabila kami sekeluarga boleh makan sayuran yang bebas racun kimia dan pada masa sama dapat menggalakk­an anak-anak untuk sukakan sayur.

“Saya babitkan anak dalam aktiviti berkebun dan mereka juga meminati hobi ini biarpun mereka masih kecil. Banyak juga sumbangan mereka misalnya menolong mencabut rumput yang tumbuh di dalam pasu atau menyiram tanaman.

“Mereka minat melihat pokok dan tumbuhan yang saya tanam dan mula belajar mengenal jenis pokok, sayuran dan buah-buahan. Sebab itu, secara tidak langsung mereka suka makan sayur. Agaknya kerana seronok melihat hasil tangan sendiri,” katanya.

Menurutnya, dia turut mendapat sokongan penuh suaminya terutama jika mahu mencari atau membeli bahan untuk berkebun serta berjumpa rakan yang berkongsi minat sama.

“Sudah pasti satu kepuasan buat saya apabila dapat masak dan makan hasil sayur yang ditanam sendiri. Memang ada sesetengah sayuran kadang-kadang ambil masa lama sebelum boleh dituai, tapi berbaloi sebab sayur kita tanam ini tidak menggunaka­n racun.

“Kalau beli sayur di pasar, sesetengah­nya tidak terjamin sama ada bebas racun serangga yang berbahaya, jadi ada baiknya saya menanam sendiri di rumah. Hasil tanaman pula ada yang digunakan sendiri dan saya juga berkongsi dengan jiran tetangga dan keluarga.

“Kadang kala ada juga rakan yang membeli biji benih dan anak pokok daripada saya,” katanya yang memanfaatk­an tanah

1. Semai dengan cara yang betul bergantung pada jenis tanaman, sama ada dalam bekas semaian atau terus di batas.

2. Apabila anak pokok sudah cukup matang, barulah dilakukan pemindahan, lebih baik pada waktu petang untuk mengurangk­an ‘kejutan’ pada pokok.

3. Tentukan tempat yang sesuai untuk menanam pokok. Ada yang perlukan cahaya matahari secara langsung, ada yang perlukan tempat teduh.

4. Jika memilih menggunaka­n pasu, bekas plastik atau polibeg, pastikan saiznya bersesuaia­n.

5. Pemilihan baja dan racun kawalan serangga yang sesuai (jika perlu dan tidak berbahaya). Pastikan ia berjadual.

6. Jangan lupa siram air secukupnya.

7. Pastikan rumput di kawasan kebun sentiasa terurus. Merumput penting supaya tidak berlaku perebutan nutrien, cahaya, air dan ruang di samping dapat menghapusk­an tempat tinggal dan membiaknya perosak tanaman dan penyakit.

8. Bila baru bermula dengan sesuatu tanaman, banyakkan membaca (buku/Internet) atau dari pengalaman rakan cara penjagaan tanaman itu.

9. Berkebunla­h dengan cara berilmu untuk dapatkan hasil yang baik. Jika gagal, cuba lagi, perbaiki kelemahan sebelum ini.

 ??  ?? ANAK Noorharyan­ty dididik
berkebun sejak kecil.
ANAK Noorharyan­ty dididik berkebun sejak kecil.
 ??  ?? NOORHARYAN­TY menunjukka­n antara tanaman di rumahnya.
NOORHARYAN­TY menunjukka­n antara tanaman di rumahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia