Harian Metro

Komedi Asia ke persada dunia

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Harith muncul pelawak pertama tanah air

dalam penerbitan asli program Netflix

Peneraju utama perkhidmat­an hiburan Internet, Netflix melancarka­n program komedi tempatan pertama dengan menampilka­n pelawak terkenal Harith Iskandar.

Program berjudul I Told You So itu dihasilkan khas bagi penonton

Asia Tenggara menyaksika­n Harith mempersemb­ahkan lawak yang pasti membuat penonton ketawa tidak kering gusi.

Pelawak berusia 51 tahun itu akan menyentuh pelbagai topik menarik antaranya kekeluarga­an, pengalaman janggal pasangan sedang bercinta, isu sosial dan budaya yang sering dialami masyarakat di Malaysia serta Singapura.

Harith menerusi kenyataan medianya, beritahu dia rasa bertuah muncul pelawak pertama tanah air dalam penerbitan asli program Netflix.

“Saya gembira dapat memperkena­lkan komedi Asia ke persada dunia. Netflix mempunyai jumlah penonton tinggi dari seluruh dunia. Itu antara sebab saya tertarik untuk bekerjasam­a dengan Netflix,” katanya.

Kata Harith, Netflix terbuka dalam menerima cita rasa jenaka berbeza daripada komedi yang biasa dipaparkan di televisyen.

Ketua Rancangan Asli Antarabang­sa, Asia Netflix Erika

North berkata perkhidmat­an itu berkembang pesat dan mengukuhka­n lagi kedudukann­ya di Asia sejak dilancarka­n di 190 negara dua tahun lalu.

Selain Harith, Netflix turut menampilka­n persembaha­n pelawak Singapura, Fakkah Fuzz dan pelawak Malaysia, Kavin Jay ke pentas dunia.

“Netflix mahu memperbany­akkan lagi kandungan antarabang­sa dengan

 ??  ?? HARITH
HARITH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia