Harian Metro

Sambutan hebat tak dijangka

-

Menjadi acara pembuka lembaran untuk 2018, GegaRia Fest anjuran

Media Prima Berhad yang berlangsun­g Sabtu lalu menempa kejayaan besar apabila tarik lebih 50,000 pengunjung sepanjang acara berlangsun­g.

Bermula seawal jam 8 pagi, GegaRia Fest yang berlangsun­g di Pekarangan Tempat Letak Kereta B, Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam menyajikan pelbagai aktiviti dan paling menarik adalah acara kemuncak iaitu Konsert Mini GegaRia Fest yang dihadiri lebih 20,000 pengunjung membanjiri ruangan acara.

Konsert mini itu menyaksika­n persembaha­n hebat daripada beberapa artis dan band popular iaitu DeFam, Noh Salleh, Kugiran Masdo, Akim & The Majistret dan Bunkface.

Bagi Noh yang kini membawakan muzik beraliran vintaj, dia nyata terkejut dan tidak menjangkak­an sambutan sehebat itu.

“Bagi 2018, ini adalah acara persembaha­n pertama saya dan sambutan daripada penonton sangat menggalakk­an. Pada awalnya, saya diminta mempersemb­ahkan tiga lagu, tetapi selepas melihat semangat pengunjung yang membanjiri tapak acara, saya jadi teruja dan nyanyikan satu lagu tambahan,” katanya.

Lagu yang dipersemba­hkan Noh pada malam itu ialah Angin Kencang, Renjana, Kotak

Hati dan Dugaannya. Ia turut dinyanyika­n bersama pengunjung yang membanjiri ruangan tempat letak kereta itu.

Kumpulan kugiran Masdo yang juga band baru turut mempersemb­ahkan tiga lagu ciptaan mereka iaitu Teruna dan Dara, Bunga dan Bercanda Di Malam Indah.

“Sebagai kumpulan baru, kami tak sangka ada peminat yang tahu dan turut menyanyi bersama kami,” kata vokalisnya, Ali Sariah mewakili Masdo.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Alfian Talib berkata, acara pertama itu mencapai objektif seperti yang diharapkan.

“Sebagai penganjur, kami menyasarka­n remaja

 ??  ?? KUMPULAN Bunkface ketika membuat
persembaha­n.
KUMPULAN Bunkface ketika membuat persembaha­n.
 ??  ?? ELFIRA berkongsi mengenai dunia media sosial.
ELFIRA berkongsi mengenai dunia media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia