Harian Metro

Tak bersedia bergelar pelawak

Kamal sekadar cuba nasib dalam dunia komedi

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Mungkin kerana saya bukan orang yang boleh berdiri di atas pentas dan buat lawak seperti yang biasa dilihat dalam pertanding­an komedi. Saya tidak pandai menggelete­k hati penonton Kamal

Sejak menjuarai program komedi Super Spontan Superstar 2017, pelakon kontrovers­i Kamal Adli dibanjiri pelbagai tawaran berkaitan dunia komedi.

Terbaru, jejaka berusia 31 tahun itu bakal menggalas tanggungja­wab sebagai pengacara bersama pelawak Fad Bocey dalam rancangan Gegar Lawak yang bakal ditayangka­n di Astro Warna bermula 19 Januari ini.

Namun begitu, Kamal mempunyai pendirian dan apabila dimana tidak mahu dikenali sebagai pelawak sebaliknya lebih selesa dingati sebagai pelakon drama serta filem.

“Saya lebih selesa melakukan sesuatu mengikut kepakaran apabila saya lebih mahir dalam dunia lakonan.

“Mengenai dunia komedi, sebenarnya saya tidaklah begitu mahir, ia hadir secara spontan yang secara tidak langsung nampak kelakar. Bagaimanap­un, fokus utama saya tetap terhadap bidang lakonan,” katanya.

Tambah Kamal, dia sekadar mencuba nasib dalam dunia komedi dan tidak menyangka rezeki berpihak kepadanya.

“Bagai bermimpi apabila saya diangkat sebagai juara Super Spontan Superstar 2017.

“Saya tidak bersedia untuk bergelar pelawak. Mungkin kerana saya bukan orang yang boleh berdiri di atas pentas dan buat lawak seperti yang biasa dilihat dalam pertanding­an komedi. Saya tidak pandai menggelete­k hati penonton,”katanya.

Beralih mengenai perancanga­n sepanjang 2018, Kamal berharap dia dijauhkan dengan sebarang malapetaka dan kontrovers­i.

“Kalau boleh saya mahu melupakan semua kontrovers­i yang berlaku sepanjang 2017.

“Saya juga berharap dijauhkan daripada malapetaka kerana pernah berdepan detik cemas apabila terbabit kemalangan motosikal dan kereta.

“Tahun lalu turut melakar detik manis apabila saya menjuarai Super Spontan Superstar serta meraih anugerah Pelakon Lelaki Prolifik.

“Justeru, 2018 adalah permulaan terbaik untuk saya lebih fokus dalam bidang perniagaan bersama seorang rakan baik,”katanya.

Perkembang­an lain, Februari ini Kamal bakal menjalani penggambar­an filem komedi seram berjudul Zaara.

“Selepas itu, saya akan menjayakan drama bercorak kepolisan terbitan Astro. Bagaimanap­un, tajuknya belum diputuskan lagi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia