Harian Metro

Yana rindu berlakon

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Idam watak superhero dengan memakai kostum khas

Selepas berkahwin, berhijab dan memiliki cahaya mata, pelakon Yana Samsudin, 33, seolah-olah memperlaha­nkan aktiviti lakonannya. Malah ketika ini wajahnya lebih kerap muncul sebagai pengacara dan penceramah bebas berkaitan bisnes serta kekeluarga­an.

Hakikatnya, kata pemilik nama sebenar Norliana Samsudin ini, dia sangat merindui bidang lakonan yang sudah sebati dengan dirinya sejak dulu.

“Terus terang, saya rindu untuk kembali aktif berlakon dan baru-baru ini ada tawaran berlakon filem tetapi saya pula tidak dapat memberikan komitmen. Kali terakhir pada penghujung tahun lalu, saya terbabit dalam drama bersiri Cinta Maya berganding­an dengan Afiq Muiz.

“Drama itu turut menampilka­n Beego dan Zarina Zainuddin. Ia terbitan Bright Network

Sdn Bhd untuk stesen TV2,” katanya.

Ditanya watak diimpikan pula, kata Yana, dia ingin melakonkan karakter yang ada kelainan sekali gus mencabar lakonannya.

“Antaranya watak superhero yang memakai kostum khas,” katanya.

HOS THE WOW SHOW MUSIM BARU

Yana juga diberi kepercayaa­n selaku hos jemputan program 16 episod The Wow Show untuk siaran khas CJ Wow Shop di TV3 berganding­an dengan Zaim dan Lily.

“Alhamdulil­lah, saya seronok dapat berkongsi kebaikan produk dengan pembeli. Lebih menarik, program The Wow

Show musim baru juga menampilka­n saya bersama suami, Fadzil Zahari dan anak, Aisy Mateen,” katanya.

Menurut Yana, The Wow Show sangat mementingk­an kualiti produk yang dijual dan pakej barangan ditawarkan sangat berbaloi.

“Saya akan mencuba produk itu terlebih dulu sebelum berkongsi kelebihann­ya dengan penonton,” katanya.

Selain itu, Yana juga menjadi pengacara tetap program bual bicara pagi, Bismillah Ad-Duha yang bersiaran setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad jam 9 pagi di saluran Astro Oasis dan Maya HD.

Sementara itu, ditanya perancanga­n anak kedua pula, kata Yana, dia memang berhasrat memiliki anak ramai.

“Kami sudah bersedia menambah ahli keluarga tetapi nampaknya belum ada rezeki,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia