Harian Metro

Dengan wartawan menolak tapi hulur tangan kepada artis lelaki

-

Suatu ketika dahulu, kisah penerbit ini menjadi inspirasi kepada semua orang. Apatah lagi selepas dia menunaikan haji, orang sekeliling terutama pelakon yang bekerja dengannya bertambah hormat dengan gelaran hajah itu.

Namun, seperkara yang buatkan orang sekeliling ‘sakit mata’ dengan perangainy­a adalah hipokrit atau dalam erti kata lain suka berpura-pura.

Apa tidaknya, kata rakan SS di hadapan pihak media terutama wartawan lelaki, dia menolak untuk bersalaman. Alasan dia ada air wuduk. Setiap kali jumpa itulah jawapan diberikan.

Terdetik dalam hati rakan SS, bagusnya dia menjaga air sembahyang sepanjang waktu. Malah, dia hebat sebab dapat bertahan dalam tempoh panjang terutama ketika berada di sesebuah acara membabitka­n ramai orang.

Tetapi, jika dengan pelakon lelaki yang muda dan gagah perkasa, cepat saja dia hulur tangan. Malah, pernah sekali rakan SS ternampak dia siap ‘ramas’ tangan pelakon itu sambil memberikan kata-kata semangat.

Sekali lagi rakan SS tertanya-tanya, apa beza wartawan lelaki dengan pelakon lelaki itu? Atau dia memang sengaja nak tunjuk dia tidak bersentuha­n dengan lelaki di hadapan pihak media?

Kalau itu caranya, sepatutnya dia tidak perlu nak berlagak alim. Cuba jadi diri sendiri. Tak ada siapa yang marah pun sebab semua orang sudah tahu perangai sebenar.

Lagi satu kata rakan

SS, penerbit ini pun suka bercerita hal orang lain. Kalau orang yang bercerita mengenai dirinya, cepat pula dia melenting.

SS: Ada pasangan pelakon berdua-duaan di bilik ketika menjalani penggambar­an. Buat apa tu?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia