Harian Metro

Tolong buka akaun SSPN

- Fairul Asmaini Mohd Pilus am@hmetro.com.my

Kerajaan memperuntu­kkan lebih setengah juta ringgit bagi membantu kira-kira 5,000 murid sekolah rendah daripada keluarga kurang berkemampu­an sekitar Pulau Pinang untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, peruntukan RM100 seorang itu disediakan menerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BIKUM) serta Biro Kebajikan UMNO Negeri dan Bahagian di negeri berkenaan.

Beliau yang juga Pengerusi BIKUM berkata, kerajaan komited menyediaka­n peluang pendidikan terbaik untuk rakyat dan bantuan pembukaan akaun SSPN diharap sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa merancang pendidikan anak masing-masing.

“Apabila menyentuh soal masa depan, kita tidak boleh lari daripada membuat persediaan pendidikan yang terbaik untuk anak.

“Justeru, ibu bapa perlu mengambil peluang bantuan pembukaan akaun SSPN untuk menabung demi masa depan anak mereka,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaia­n bantuan berkenaan sempena program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di Universiti Sains Malaysia (USM), semalam.

Bantuan diserahkan kepada wakil bahagian dan hadir sama, Ketua UMNO Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar serta Pengurus Besar PTPTN Pulau Pinang, Ahmad Dasuki Abdul Majid. Pada majlis sama, Shamsul turut mengumumka­n bantuan pembukaan akaun SSPN bernilai RM200 seorang kepada 60 anak yatim dari Wisma Yatim Jalan Scotland.

Sementara itu, pada program sama di Balik Pulau, sebanyak 1,300 kit barangan keperluan harian serta sumbangan wang tunai diserahkan kepada ibu tunggal dan golongan yang memerlukan dari sekitar kawasan berkenaan.

Sumbangan diserahkan sendiri oleh Shamsul.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Balik Pulau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Datuk Dr Muhamad Farid Saad.

Penerima, Esah Ahmad, 60, berkata, sumbangan yang diterima sedikit sebanyak meringanka­n beban perbelanja­an hariannya.

 RM500,000 diperuntuk bantu 5,000 murid miskin

 ?? FOTO: MIKAIL ONG ?? SEBAHAGIAN ibu tunggal dan keluarga kurang berkemampu­an dari Balik Pulau yang menerima sumbangan, semalam.
FOTO: MIKAIL ONG SEBAHAGIAN ibu tunggal dan keluarga kurang berkemampu­an dari Balik Pulau yang menerima sumbangan, semalam.
 ??  ?? SHAMSUL (tengah) pada sidang media, semalam.
SHAMSUL (tengah) pada sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia