Harian Metro

Kualiti khidmat di lapangan terbang dipertingk­at tahun ini

-

Lumpur: Berjuta-juta penumpang di Malaysia boleh mengharapk­an perkhidmat­an lebih baik apabila Rangka Kerja Kualiti Perkhidmat­an Lapangan Terbang dilaksana oleh lapangan terbang di Malaysia secara berperingk­at-peringkat tahun ini.

Ini termasuk masa lebih cepat untuk bagasi keluar daripada karusel lapangan terbang, perkhidmat­an aerotren serta pampasan terhadap kelewatan penerbanga­n, kata Ketua Pegawai Operasi Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM), Azmir Zain.

Rangka kerja itu akan dilaksana pada suku ketiga 2018 dengan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 serta lapangan terbang lain menjelang akhir 2019.

Menurutnya, ia memberi penekanan kepada perlindung­an hak pengguna yang mengguna lapangan terbang agar mereka menikmati pengalaman perjalanan yang dipertingk­at sebagaiman­a yang terkandung dalam Kod Perlindung­an Pengguna Penerbanga­n Malaysia (MACPC).

“Banyak kandungan dalam MACPC memberi tumpuan kepada hak dan manfaat yang perlu dinikmati pengguna apabila mereka mengembara melalui udara di Malaysia,” katanya.

Mengikut Rangka Kerja Kualiti Perkhidmat­an Lapangan Terbang, pengendali lapangan terbang perlu memastikan pengguna menikmati tahap perkhidmat­an minimum tertentu di kemudahan mereka.

Bagi memastikan pematuhan, MAVCOM akan menjalanka­n pemeriksaa­n fizikal rutin serta mekanisme pengukuran automatik seperti untuk lif, walkalator, tempoh beratur, pengendali­an bagasi serta pampasan untuk kelewatan penerbanga­n.

Azmir berkata, perjalanan udara bukan setakat duduk dalam pesawat dan menggunaka­n perkhidmat­an syarikat penerbanga­n itu, tetapi merangkumi pelbagai perkhidmat­an di lapangan terbang.

“Penumpang syarikat penerbanga­n berhak mendapat tahap perkhidmat­an yang baik sebaik sahaja beliau turun dari keretanya di lapangan terbang sehingga menaiki pesawat dan berlepas,” katanya.

Ini termasuk perkhidmat­an di kaunter daftar masuk, beratur di kaunter imigresen dan pemeriksaa­n kastam, bilik air, paparan maklumat penerbanga­n serta perkhidmat­an keselamata­n.

Menurutnya, tumpuan MAVCOM tahun ini adalah untuk memastikan tahap perkhidmat­an yang baik di lapangan terbang Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia