Harian Metro

Janji sedia tadika percuma

-

Petaling Jaya: “Jika Barisan Nasional (BN) menawan Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, kita akan menyediaka­n tadika atau nurseri di 1,600 perumahan strata kos rendah dan sederhana di negeri ini.

“Kemudahan itu memberi manfaat kepada golongan B40 yang baru berkahwin, mempunyai anak kecil dan prasekolah yang bekerja di luar kerana kesukaran mereka untuk mendapatka­n pengasuh,” kata Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar sekiranya negeri Selangor kembali ditadbir Kerajaan Persekutua­n.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program Transforma­si Sosial NBOS Kejiranan Indah (My Beautiful Neighbourh­ood) di Pangsapuri Mentari Court, di sini, semalam.

Katanya, taska itu akan disediakan di setiap blok di tingkat bawah pangsapuri yang diselengga­ra oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan dengan kos jauh lebih rendah berbanding swasta.

“Kita juga akan menyediaka­n pendidikan percuma kepada semua Sekolah Rendah Agama di Selangor termasuk pinjaman buku teks sepertiman­a dilakukan oleh Kementeria­n Pendidikan di sekolah kebangsaan.

“Sekiranya menang, kerajaan negeri perlu bersama membantu meringanka­n beban rakyat terutama di Lembah Klang,” katanya.

Hadir sama, Pemimpin Tempatan Persekutua­n Datuk Yusoff HM Haniff dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembanguna­n) Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Dr Mary Wong Lai Lin.

 ??  ?? NOH (kanan) melawat gerai pameran, semalam.
NOH (kanan) melawat gerai pameran, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia