Harian Metro

‘Nak belajar tak senang’

- Aizat Sharif mohd.aizat@hmetro.com.my

 Ribuan lalat kesan baja najis ayam dari ladang sawit ganggu sesi pembelajar­an

berkenaan apabila pembelajar­an mereka kerap terganggu dengan kehadiran lalat itu.

“Masalah lalat ini sudah lama berlaku di sekolah ini sampaikan kami sudah lali, tetapi ia cukup merimaskan terutama ketika belajar apabila kami susah nak tumpu perhatian kerana banyak lalat hinggap di merata tempat.

“Apabila waktu rehat pula, kehadiran lalat ini semakin menjadi-jadi menyebabka­n kami berasa loya hendak makan kerana makanan dihurung lalat,” katanya.

Pembantu pengusaha kantin sekolah berkenaan, Hafizah Abdullah, 37, berkata, kehadiran lalat yang banyak mengundang keresahan pihaknya dalam menyediaka­n makanan yang bersih dan selamat untuk pelajar dan kakitangan sekolah.

“Bermacam cara dah digunakan termasuk memasang perangkap lalat, selain menabur daun pandan, menggunaka­n semburan serai wangi dan membersih lantai dengan kerap bagi mengurangk­an kedatangan lalat, namun lalat berkenaan tetap juga datang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Pengangkut­an dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain hadir di sekolah itu dan mengadakan mesyuarat khas berhubung masalah itu bersama Pegawai Daerah Pendang, Zaid Ahmad, Ketua Seksyen (Bukan Ruminan) Jabatan Veterinar Kedah, Zahir Zainuddin, Pegawai Jabatan Veterinar Pendang, Mohd Yazam Basir dan Pengetua Pengetua Sekolah Model Khas Bukit Jenun, Johari Jaafar.

Zahir berkata, pihaknya akan memanggil pemilik ladang ayam dan ladang kelapa sawit bagi meneliti kaedah penyelengg­araan sisa najis ayam di kawasan itu. Kuala Krai: Kasih seorang bapa sanggup berkorban apa saja demi anaknya walaupun nyawa menjadi taruhan.

Itu berlaku kepada Ghazali Dollah, 59, apabila meninggal dunia, kelmarin sebelum sempat menyerahka­n komputer riba dibelinya kepada anak bongsu, Muhamad Amir Shafiq, 19.

Ghazali maut selepas motosikal Demak Evo Z ditunggang­nya dirempuh pacuan empat roda di Kilometer 57, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, dekat Masjid Keroh di sini, jam 5.15 petang.

Dia yang bekerja di kilang kayu di Staponal, di sini, ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Pangkal Mempelam.

Muhamad Amir Shafiq berkata, mereka sekeluarga mengetahui kejadian menimpa bapanya selepas dihubungi orang awam menggunaka­n telefon bimbit milik arwah.

“Terlalu sukar kami percaya ayah sudah pergi buat selama-lamanya kerana pagi semalam (kelmarin), ayah masih bersama kami.

“Malah, saya memang menunggu kepulangan ayah kerana dia memaklumka­n (kelmarin) akan membawa balik komputer riba untuk kegunaan saya sebagai persediaan menduduki peperiksaa­n Mei depan.

“Saya sedih apabila diberikan komputer riba itu masih dalam keadaan baik walaupun motosikal ayah dilanggar kenderaan.

“Inilah kenangan pilu yang arwah tinggalkan untuk saya dan ia juga akan menjadi inspirasi untuk saya belajar dengan bersungguh-sungguh,” katanya yang belajar di tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Intan, Kampung Pek, Machang.

 ??  ?? TAJUL Urus (dua dari kanan) melihat keadaan lalat di Sekolah Model Khas Bukit Jenun.
TAJUL Urus (dua dari kanan) melihat keadaan lalat di Sekolah Model Khas Bukit Jenun.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia