Harian Metro

Lesen ekspres hanya RM200

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz azimfitri@hmetro.com.my

 15 mangsa diperdaya lelaki kenal bos JPJ

“Siapa yang tak teruja mendengar boleh mendapatka­n lesen motosikal dengan harga RM200 tanpa perlu bersusah-payah menghadiri ujian dan kelas dianjurkan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) serta sekolah memandu?

“Saya rasa sesiapa pun yang mendengar tawaran itu pasti seronok dan segera mendaftark­an diri,” kata seorang mangsa sindiket penipuan lesen terbang apabila diperdaya lelaki berusia 30-an yang kononnya boleh mendapatka­n lesen motosikal secara ekspres dengan membayar RM200.

Mangsa ingin dikenali sebagai Jefri, 18, berkata, dia berkenalan dengan lelaki itu melalui rakan yang turut mendaftark­an diri mendapatka­n lesen motosikal.

Katanya, pertemuan pertama mereka pada bulan lalu apabila lelaki itu menerangka­n kepadanya mengenai lesen terbang yang ditawarkan.

“Dia (suspek) beritahu kami mempunyai kenalan rapat dengan bos besar JPJ selain rakan di sekolah memandu di Kuantan yang menawarkan khidmat lesen motosikal itu.

“Ketika itu saya teruja, manakan tidak sudahlah murah kami tidak perlu ke kelas dan menjalani ujian pula,” katanya.

Jefri berkata, dia hanya perlu membayar RM200 secara tunai kepada lelaki terbabit sebelum lesen itu disiapkan dalam tempoh dua minggu.

Katanya, dia mengetahui sekurang-kurangnya 15 mangsa diperdaya lelaki itu untuk mendapatka­n lesen menunggang motosikal yang tidak wujud.

Bagaimanap­un, dia menyedari diperdaya lelaki itu selepas wang diserahkan dan gagal dihubungi.

“Saya berbincang dengan rakan kerana kami berasa ditipu. Selepas kami membuat pembayaran dia (lelaki berkenaan) gagal dihubungi dan mendiamkan diri.

“Silap kami kerana terlalu percayakan dia dan tidak selidik latar belakang serta khidmat konon dilakukann­ya,” katanya.

Jefri berkata, dia dan rakannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

 ??  ?? JEFRI menceritak­an pengalaman ditipu suspek menawarkan lesen tidak wujud.
JEFRI menceritak­an pengalaman ditipu suspek menawarkan lesen tidak wujud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia