Harian Metro

Hina umat Islam

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

Doktrin bahaya apabila setiap hari lebih 400 komen dengan tujuan memburukka­n umat Islam sengaja dimuat naik pihak tertentu di negara ini.

Mendedahka­n perkara itu Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah berkata, kajian pihaknya mendapati ia berlaku sejak lima tahun lalu dan semakin membimbang­kan kebelakang­an ini.

Katanya, isu liberalism­e, akidah dan perpecahan akibat perbezaan pendapat dalam agama menjadi fokus kumpulan berkenaan yang turut mendapat dana dari luar negara.

Menurutnya, kumpulan terbabit juga menjalanka­n kajian mengenai kelemahan umat Islam dan akan menimbulka­n isu untuk menimbulka­n ketidaksta­bilan antara kaum di Malaysia.

“Kita buat kajian dan menemui dapatan yang agak membimbang­kan. Sebelum ini, JMM banyak bercakap mengenai isu dana dari luar berjumlah ratusan juta ringgit dan impaknya lebih ketara di media sosial.

“Wujud satu kumpulan yang memuat naik pelbagai isu khusus untuk menyerang institusi dan orang Islam menerusi pendekatan liberalism­e dan perjuangan hak asasi. Ini yang kita bimbang jika ia tidak dapat dikawal,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) di Wisma Gayong.

Justeru katanya, JMM akan bekerjasam­a rapat dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkualiti untuk berkongsi maklumat berkaitan ancaman kepada kedudukan Islam di negara ini.

Azwanddin berkata, selain ancaman akidah, isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgende­r (LGBT) juga semakin membarah dengan kewujudan pihak yang mendakwa mereka memperjuan­gkan hak asasi di negara ini.

“Kerjasama rapat mereka ini dengan pihak luar amat membimbang­kan kita kerana mereka bergerak menggunaka­n dana yang besar.

“Mereka amat licik menggunaka­n teknologi hari ini. Pelbagai kajian yang JMM lakukan mendapati, mereka begitu konsisten menggunaka­n platform media sosial untuk menyebar dakyah untuk mengkucar-kacirkan perpaduan dan pegangan umat Melayu dan Islam Malaysia.

“Sebab itu saya mengharapk­an kerjasama dengan PSSGM akan membuka ruang terbaik untuk kita mempertaha­nkan apa yang kita ada kerana mereka mewakili NGO yang mempunyai sokongan padu,” katanya.

 Kumpulan terima dana dari luar cuba timbulkan ketidaksta­bilan antara kaum di Malaysia

 ??  ?? AZWANDDIN (duduk, tengah) selepas mengadakan pertemuan bersama Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia di Wisma Gayong.
AZWANDDIN (duduk, tengah) selepas mengadakan pertemuan bersama Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia di Wisma Gayong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia